Pengalaman sertai OPKIM IV di felda tersang

0
55
views

 

Syukur alhamdulillah hari ini masuk hari ke-3 untuk kita berpuasa. Aku harap sahabat sekalian masih kuat dan sihat untuk merasai nikmat di dalam bulan ramadhan. Kita patut syukur diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan penuh dengan ganjaran ini.

Opkim siri iv
Opkim siri iv

Jadi kawan-kawan sekalian pada artikel ini aku bukan nak berbahas berkaitan dengan bulan ramadhan tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman aku sertai OPKIM siri IV di felda tersang,Pahang.

Apa itu opkim ? Kalau anda orang luar mestilah tidak tahu apa itu opkim bagi sebahagian pelajar kolej universiti islam pahang sultan ahmad shah juga kadang-kadang tidak tahu apa itu Opkim. Opkim ialah ialah singkatan kepada Operasi Khidmat Masyarakat.

Satu program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar persatuan dakwah dan pengurusan. Ibarat ini merupakan antara program wajib mereka, sebelum ini opkim disertai oleh pelajar-pelajar dakwah pengurusan sahaja tapi kali ini mereka buat kerjasama dengan majlis perwakilan pelajar.

Rasa beruntung jugalah dapat sertai sama program tersebut. Sebenarnya aku bukanlah pelajar persatuan dakwah pengurusan mahupun majlis perwakilan pelajar. Tapi aku diajak oleh seorang sahabat untuk sertai sama bagi mewakili kawan-kawan MPP yang tidak dapat sertai sama program ini disebabkan mereka duduk jauh. Maklumlah cuti semester.

Aku rasa berterima kasih sebab dapat sertai sama program ini bagi meningkatkan lagi pengetahuan aku dan dapat collect ilmu baru. Program Opkim ini berkonsepkan keluarga angkat dan pengisian program banyak kearah dakwah dan aktiviti santai untuk mengeratkan silatulrahim bersama-sama penduduk kampung.

Bagi siri kali ini program ini dijalankan di Felda Tersang dekat raub pahang.

Aku diletakkan di Jawatan Kuasa Kerohanian. Wow satu benda baru untuk aku sebab selama ini aku sebagai pelajar Syariah Undang-undang selalu di letakkan di jawatan Biro Teknikal takpun Multimedia. Kali ini aku kira bertuah jugalah dapat rasa satu pengetahuan baru.

Dalam jawatankuasa ini kami diagihkan tugas. Dan aku diberi amanah untuk melaksanakan Khusus Jenazah. Pening jugalah kepala sebab tak tahu nak start macam mana.

Hasil daripada bertanya akhirnya aku dapat punca apa nak buat dan sebagainya. Dalam beberapa hari aku siapkan Slide dan Modul untuk khusus jenazah. Dan aku mintak tolong seorang sahabat aku untuk jadi pengajar masa khusus tersebut dijalankan.

Alhamdulillah setelah semua selesai sebelum program dijalankan rasa lega sikitlah sebelum berangkat pergi ke program.

Pada 18/5/2017 aku dan beberapa orang yang lain pergi dulu ke Felda tersang sedangkan yang lain akan berangkat pada esok harinya.

Kitaorang masa pergi boleh tahanlah pengurusan masa hancus hahaha. Gerak ke batu talam dalam jam 12pagi sampai ke rumah seorang sahabat dalam jam 2.30 pagi dan bermalamlah kami dirumah dia semalam.

Pada keesokkan harinya kitaorang yang sudah sampai ini sempatlah bersantai sekejap di batu talam sampailah lepas jumaat.

tangkap gambar di laman pesona
Faheim cuba dapatkan side untuk gambar yang menarik
Laman pesona raub
Antara sebahagian kecil tempat di laman pesona

Lepas jumaat kitaorang semua bergegas ke felda batu talam untuk membuat persiapan bagi menyambut sahabat-sahabat lain yang datang naik bas.

Lepas semuanya siap tibalah masa untuk mengagihkan keluarga angkat. Alhamdulillah nasib baik aku dapat serumah dengan kawan-kawan yang betul-betul aku kenal kalau tidak mungkin kurang selesa juga hahahhaa…

Keluarga angkat di felda tersang
Keluarga angkat kami di felda tersang

Lepas semuanya selesai petang tu kami ada aktiviti bersama penduduk kampung. Yang lelaki kebanyakkan main bola sepak. Dan yang perempuan dengan program mereka.

Fuhhh ini antara team orang tua yang mempunyai kuasa kuda. Dari banyak-banyak team orang tua aku pernah lawan ni salah satu team yang mana orang tuanya semua lari macam kuda. Aku pun naik pelik main 90 minit diaorang lari rilex je aku pula rasa malu muda-muda da semput tak seberapa larat nak lari. Biasa orang tua main control je kurang berlari ini diaorang tidak berlari saje.

Keputusan dia memang padu kitaorang kena tinggal 4-0 separuh masa pertama. Comeback is real, masa kedua kitaorang buat goals 3. Yeah akhirnya kitaorang kalah dengan keputusan 4-3.

Malam pertama di Felda Tersang tiada aktiviti cuma solat berjemaah. Esoknya kami mula dengan aktiviti. Terkejut aku sebab tak followup dengan tentatif. Patutnya khusus jenazah Hari Ahad tapi tetiba anjak hari sabtu. Wow celaru jugaklah tapi semua benda da siap buat rilex jelah.

Esoknya, haaa ambik kau aku terlajak tido. Program start jam 8 aku bangun 8.15 semua roommate aku terlajak hahahaha. Dah pagi-pagi kena marah. hahahhaa

Aku dengan muka baru bangun tido mandi semua terkejar-kejar ke tempat program. Ha ambik kau sekali lagi hampa, seorang belia yang menjadi golongan sasaran untuk khusus jenazah pun takda. Maka terbatal lah kami punya khusus jenazah. Terkilan jugaklah tapi dalam masa yang sama bersyukur sebab amanah yang diberikan terlepas hehehe. * Minta maaflah kawan-kawan sebab lambat bangun *

Dan alhamdulillah hari kedua semua program kebanyakkan berjalan lancar cuma hanya ada teguran dari pengurusan masa.

Sekarang hari ketiga, hari ketiga program kami di Batu Talam. Seharian kami di batu talam bersama-sama penduduk kampung sana. Antara program yang dijalankan adalah sukaneka, khutbah, azan dan ada pameran.

Dai niezal jadi juru pertandingan khutbah
Di antara peserta dan juri untuk pertandingan khutbah di masjid batu talam

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Dan aku pada hari tersebut jadi fasilitator untuk kem solat bersama-sama adik-adik batu talam. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Gambar Kem solat di masjid batu talam
Kem solat di masjid batu talam di uruskan oleh daie niezal

Seterusnya hari ke-empat kami kembali berprogram di Felda Tersang. Tak banyak jugaklah program pada hari ini. Hari ini lebih santai yang mana kitaorang bersama-sama orang istimewa.

Pembahagian tugas pada hari tersebut ada yang bersama-sama orang istimewa dan ada juga yang pergi bercucuk tanam. Tanam pokok belimbing. Satu pengalaman baru jugalah untuk tanam pokok belimbing ni hahaha, sebelum ni dapat rasa tanam pokok sawit je tolong abah di kebun.

Sebenarnya pada hari ini kitaorang ada rancangan untuk mandi ke lata lembik raub. Tapi terpaksa batal sebab nak turut serta dengan orang-orang istimewa ni.

Petang pula kitaorang ada jemputan untuk friendly balik bola sepak mungkin orang-orang felda tersebut tak puas hati sebab kena comeback walaupun diaorang menang.

Yeah pada hari ini sedikit malang buat diri aku apabila baru saja wisel ditiupkan 3 minit tidak sampai aku terpaksa keluar padang sebab kaki inject maka berakhirlah harapan aku untuk jadi seorang striker yang digeruni hahahaaha ( jangan marah ye ~ ).

Tamat perlawanan kitaorang kalah 3-0.

Friendly Dengan Penduduk Kampung Felda Tersang
Friendly Dengan Penduduk Kampung Felda Tersang

Waktu malam itu aku diamanahkan sekali lagi untuk memimpin bacaan doa. Wow satu lagi pengalaman yang baru untuk aku. Membaca doa dihadapan puluhan orang kampung membuatkan aku sedikit terketar hahahaha. Tak apalah ini mungkin bermulaan insha Allah akan aku perbaiki diri yang lemah ini sedikit demi sedikit insha Allah doakan aku ye kawan-kawan. * Tak dapat lagi gambar aku baca doa mana pergi aku tak tau >.<*

Setelah selasai bacaan doa dari aku forum bermula dan aku pun kembali ke dunia asal aku sebagai seorang editor. Dengan kaki yang terencut-encut aku pun duduk di luar untuk menemani kawan-kawan yang lain siapkan video penutup untuk majlis penutup esok.

Wow kami bertugas sehingga jam 6 pagi buat pengetahuan semua untuk siapkan video. Jam 6 pagi itupun video tak siap. Lepak tepi dewan je masa itu. Dalam jam 6 kitaorang balik ke rumah dan sambung kerja buat video. Aku punya part da siap aku tido terus sampai jam 12 Tengah hari serius aku cakap aku tak tahu apa-apa dengan lutut mula membekaknya.

Yang aku tahu lepas aku bangun diaorang cakap majlis penutup selesai. Alhamdulillah semuanya selesai.

Maka bersiaplah kitaorang semua untuk balik ke rumah masing-masing. Terima kasih sahabat semua yang membantu dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih juga kepada abang Raimi / Faheim sebab ajak aku join program ini . Banyak pengalaman yang berharga dalam program ini.

Terima kasih juga kepada keluarga angkat kami di felda tersang. Masakan yang sungguh menyelerakan lagi-lagi asam pedas keladi. Pertama kali aku makan asam pedas keladi memang padu beb. Insha Allah ada masa ada kelapangan waktu kami akan kembali di sana lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge