Pengalaman tersilap beli tiket bas

1
91
views

Pengalaman tersilap beli tiket bas : Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku membeli tiket untuk balik cuti raya. Kejadian berlaku semalam semasa aku ingin membeli tiket untuk balik ke kolej pada hari ini. Jadi alang-alang nak beli tiket balik ke kolej aku pun belilah tiket untuk balik cuti raya sekali.

Sebelum pergi beli tiket memang aku sudah cek tarikh dan hari semua sebab tak nak beli tiket terlalu lama nak cek kelander apa semua.

Jadi apa lagi aku pergi ke kaunter dengan muka baru bangun tidur petang ( lepas mandi semua ). Uishh sekali yang jaga kaunter cantik pulak, maka mulalah perasaan bercampur baur nak cepatkan urusan sebab aku tak boleh lama-lama depan orang cantik ni gugup. Hahhaha

Jadi nak cepat punya pasal tarikh yang aku da cek dan nak beli untuk balik raya 21/6/2017 atau kalau tidak ada sekalipun tarikh yang paling sesuai ialah 22/6/2017, tapi tarikh yang aku ingat tadi menjadi 24/6/2017.

[ Baca ] – TIPS BELI TIKET BAS UNTUK BALIK RAYA

Ambik kau tersilap sebut, dan apa yang bangangnya bila aku baru perasan yang tiket aku silap bila sampai kat rumah. Ini pula puncanya aku aku nak cepat balik sebab hujan mula turun. Cepat punya cepat aku basah kuyup juga sebelum sampai ke rumah.

silap beli tiket bas
Ala tersilap beli tiket bas

Sampai pula kat rumah nak nangis bila tengok tarikh tersilap. Aku pun memikir nak buang sahaja tiket aku tukar. Jadinya hari ini alang-alan nak balik ke kuantan aku pergi ke kaunter kejap untuk tanya boleh tak tukar tiket.

TUKAR TIKET BAS KE HARI LAIN

Aku dengan muka selamber pergi ke kaunter dengan harapan janganlah akak semalam yang jaga kaunter.

Yes akhirnya doa akan termakbul sebab orang lain jaga. Brader ni boleh tahan muka tak senyum bulan puasa ni geram nak penampor muka dia.

Tapi nasiblah bila aku tanya dia jawab dengan penuh sopan santun. Tapi sebelum tu guys aku punya tiket TRANSNASIONAL so sekarang aku tulis pasal tiket trans sahaja kalau tiket lain aku tak pasti sama ada kisahnya sama seperti aku ataupun tidak.

Jadi aku tanya brader tu, bang saya sebenarnya silap beli tiket ni boleh tak saya anjak tarikh tiket saya ni daripada 24/6/2017 ke 22/6/2017?

Dia jawab sabar ye saya cuba tengok. Maaf dik bas semuanya penuh pada hari tersebut ( actually dia jawab tak adalah baku sangat tapi disebabkan penulisan aku tulis acah-acah baku ). Ok bang tak apa kalau boleh 21 haribulan pun tak apa.

Dia tekan-tekan kat komputer dia and cakap ada kosong tapi 8 malam. Uishh aku dalam hati bersyukur gila sebab aku hari rabu pada 21 haribulan tu still belajar nasib tiket malam. Aku pun jawablah bolehlah bang 8malam.

Lepas tu dia mintak tiket tersilap dan CAJ TUKAR TIKET RM1. Fuhh alhamdulillah semuanya ok dan sekarang aku boleh balik dengan tenang hehehe. Kalau tidak aku rasa melayang la duit aku rm13 untuk beli tiket baru.

Jadi untuk kawan-kawan diluar sana kalau tersilap beli tiket bas cuba tanya dulu pihak kaunter untuk membuat petukaran tiket kalau boleh.

1 COMMENT

  1. nasib baik singgit jer.. aku dulu dah tersalah, buang jer ..kan bodoh tuh namanya…haha… tapi bukan dengan transnasional.. bas cap ayam lah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge