Pengertian puasa dan pensyariatan puasa

0
77
views

Pengertian puasa dan pensyariatan puasa merupakan tajuk artikel yang hendak saya tuliskan pada kali ini . Memandangkan tidak lama lagi umat islam di seluruh dunia akan bergembira menyambut bulan ramadhan .

Insha Allah perkongsian saya berkaitan pergertian puasa dan pengsyariatan puasa ini berlandaskan kitab mazhab syafie jilid 2 .

.. Tak kenal maka tak cinta .

Itulah mukhadimah artikel kita pada kali ini , sekarang tarikh menunjukkan 25 / 5 / 2016 pejam celik pejam celik tinggal 10 hari lagi umat islam akan dikunjungi tetamu istimewa yakni bulan ramadhan atau dikenali bulan puasa.

Sesungguhnya bulan ini merupakan satu bulan yang sangat istimewa dan di tunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman .

[toggle title=”Artikel Berkaitan Puasa” state=”open”]

  1. Pengertian dan Pengsyariatan Puasa
  2. Syarat rukun dan perkara membatalkan puasa
  3. Adab Puasa

[/toggle]
Semoga kita merupakan orang-orang yang menunggu dan mencintai bulan ramadhan ( bulan puasa ) bukan kerana beraneka makanan yang terdapat tetapi jutaan ribuan billion pahala yang menanti .

Disebabkan ketidak sabaran kita dalam melipat kali gandakan usaha kita dalam melakukan perkara yang mendatangkan pahala atau dalam kata lain melipatkan usaha menjadi seorang yang lebih baik .

Mungkin sebelum ini kita baik tetapi ketika bulan puasa kita menjadi super baik . Kerana dalam bulan itu Allah menjanjikan pahala berlipat kali ganda . Jum kenal dengan

#Bulan Ramadhan #Bulan Puasa #Pengertian Ramadhan #Pengertian Puasa 

Pengertian Puasa

Puasa dari segi BAHASA ialah menahan daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan . Dalilnya ialah firman Allah taala menceritakan tentang maryam :

Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana Allah ar-Rahman – Surah Maryam ayat ke 26

Di sini pengertian puasa bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata .

Pengertian puasa menurut syarak pula beerti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat .

Sejarah dan pengsyariatan puasa

Sesungguhnya puasa ramadhan difardhukan pada bulan sya ban tahun ke 2 hijrah . Sebelum itu , puasa telah diketahui oleh umat-umat terdahulu dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan nabi s.a.w

Berdasarkan firman Allah taala dalam surah al-baqarah 183

Wahai orang-orang yang beriman ! di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu , suapaya kamu bertakwa

Namun begitu kewajipan puasa ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu . Persamaan yang wujud di antara umat ini dengan umat terdahulu ialah puasa di syariatkan .

Tetapi kefardhuan puasa ramadhan dikhususkan hanya kepada umat nabi muhammad ..

Dalil disyariatkan puasa ramadhan 

Difardukan puasa pada bulan ramadhan ialah berdasarkan firman Allah taala dalam surah al baqarah ayat ke 185

Masa diwajibkan berpuasa ialah dalam bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran , menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza  antara benar dengan yang salah . Sesiapa diantara kamu yang menyaksi anak bulan ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah dia berpuasa bulan itu .

Begitu juga sabda rasulullah menurut riwayat al-bukhari ( 8 ) Muslim ( 16 ) dan selain daripada keduanya

Islam dibina atas lima perkara : iaitu , mengakui tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah , mendirikan sembahyang , keluarkan zakat , menunaikan haji , dan puasa pada bulan ramadhan .

#Konklusi pengertian dan pensyariatan puasa#

Alhamdulillah di atas saya telah berkongsikan kepada anda semua pengsyariatkan puasa dan juga makna puasa atau pengertian puasa . 

Untuk maklumat semua yang ditulis berdasarkan kitab-kitab rujukan dan juga perkongsian daripada website atau blog yang dipercayai .

Jadi semoga kita dapat tambah ilmu tentang ramadhan atau Puasa yang mana bakal menjelma tahun ini insha Allah jika saya tidak silap pada 10 / 6 / 2016 .

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge