Apa peranan usahawan kepada masyarakat dan negara

1
1201
views

Usahawan ialah orang yang mengusahakan atau menjalankan perniagaan dan sanggup mengambil risiko yang bakal mereka hadapi , perusahaan dan perniagaan yang dijalankan mengutamakan keuntungan dan selalu membuat sumbangan kepada masyarakat dan negara

Huraian peranan usahawan di dalam artikel ini berkaitan dengan :-

-Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
-Mewujudkan peluang pekerjaan
-Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
-Meningkatkan taraf hidup masyarakat
-Menghasilkan penemuan dan penciptaan

iNILAH DIA PERANAN USAHAWAN
PERANAN USAHAWAN

Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

Iaitu seorang usahawan perlulah menyediakan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang bermanfaat bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat .

Seperti menyediakan keperluan asas contohnya makanan , tempat tinggal , pakaian dan sebagainya . Serta memenuhi kehendak masyarakat yang tidak terbatas seperti rumah mewah , barangan elektronik dan sebagainya .

Mewujudkan Peluang pekerjaan

Usahawan juga hendaklah memberikan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira sama ada yang terlatih mahupun kurang mahir .

Dengan itu , masalah pengangguran di dalam negara dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pendapatan masyarakat di dalam negara bertambah .

Sumbangan terhadap pembangunan ekonomi

Seorang usahawan hendaklah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan membuka industri baru dan terus memajukan industri sedia ada .

Selain itu , usahawan perlu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan membuka peluang pekerjaan . Hal ini dapat meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat di dalam negara .

Hasil daripada barangan yang dieksport juga dapat menyumbang kepada pendapatan  kerajaan serta pembangunan negara . Ini dari segi kutipan cukai , dengan itu kerajaan boleh menggunakan cukai tersebut dalam membangunkan infrastruktur negara

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

Dengan pemberian bonus dan gaji kepada pekerja , maka taraf kehidupan pekerja dan keluarga tersebut akan meningkat . Dan mereka dapat membeli keperluan dan kehendak untuk kehidupan mereka .

Menghasilkan penemuan dan penciptaan baru

Usahawan yang mempunyai sifat kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh dapat menghasilkan keluaran terbaru .

Penciptaan atau pengubahsuaian ini dapat meningkatkan hasil eksport negara dan seterusnya dapat memajukan negara .

Itulah serba sedikit peranan usahawan kepada masyarakat dan negara . Sumber rujukan penulisan Perdagangan – K Morgan Kuppusamy keluaran sasbadi

Sumber :- Sasbadi ( Perdagangan )
Olahan : Khairul Cushion

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge