Perjuangan sudah bermula ?

1
34
views

Ya Allah ! Mimpi apakah ini ? Satu perjuangan sudah lama bermula tetapi aku masih dibuai mimpi ?

Ya tuhan , dalam tidak sedar , peperiksaan sudah menghampiri , tetapi tahap persiapanku masih tidak mencukupi .

Perjuangan yang sepatutnya bermula daripada awal aku menjejak kaki ke sem baru ini sudah kian terlambat . Adakah aku masih ada waktu ?

Mungkin disini aku boleh mengunakan falsafah atau kata-kata orang putih yang mana katanya , Better late than never . 

Atau sebuah hadith yang mana rasulullah s.a.w bersabda :

“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

……..

Semalam ada borak-borak dengan ustazah super duper sporting Ustazah Ainul nama diberi . Ustazah ni sangatlah rapat dengan pelajar . Tersentap dengan satu penyataan yang dibuatnya iaitu Pelajar sekarang sangat teruk manage masa lebih kurang macam tulah katanya .

Indahnya kata-kata quran
Ayat quran

Bila aku pikir secara mendalam memang betul , apa yang aku perati dan ianya memang jadi pada diri sendiri iaitu semua benda nak buat last minute . Termasuklah nak study untuk exam .

Macam mana aku nak buahkan satu kejayaan yang terbilang dengan kata lain nak dapat 4 flat kalau study pun last minit . Ya Allah  kena muhabasah diri ni ….

Bagi aku sendiri susahnya nak study awal bila ada kawan-kawan yang sama macam diri yang suka buat last minute , susah gila nak ubah sikap diri sendiri apatah lagi orang lain .

Tapi takpelah semua tu sudah terlambat dan aku ada menulis hadith dan falsafah orang putih kat atas tu ha , pada awal artikel . Jadi insya Allah pada kali ini aku akan berikan yang terbaik untuk sem kali ini dan seterusnya mengubah sikap pada semester berikut . Insha Allah .

Kali ini aku akan berusaha sebaik mungkin walaupun mungkin sudah terlambat daripada langsung tidak berusaha seterusnya berdoa dan tawakal insha Allah pada sem 3 kali ini menjadi titik permulaan untuk 3 sem yang berbaki ..

Ya Allah permudahkanlah daku dan kawan-kawan untuk memperolehi kejayaan pada sem ni dan sem-sem seterusnya .. Amin …. Yabbi yassir wala tuassir

Alhamdulillah sem ini aku merasakan satu sem yang banyak aku dapat ilmu pengetahuan moga-moga ilmu yang aku dapat dari pensyarah-pensyarah dapat aku amalkan sampai ke akhir ayat .. Fiqh muamalat , munakahat dan qawaid banyak memberi ilmu pengetahuan berkaitan dengan kehidupan ku dan masyarakat sekitar …

1 COMMENT

  1. Hehehe alhamdulilah, DEKAN dah kn sahabat kita sem 3 ,, teruskan berjuang, selamat berjaya utk sekarang dan akan dtg.. Inshaa-Allah..aamiin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge