Sukan Sea Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Thailand

0
67
views

Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Thailand Sukan Sea 2017 : Tahniah Malaysia kerana layak ke Perlawanan Akhir.

Malaysia akan bertemu Thailand setelah pasukan Gajah putih itu berjaya mengalahkan naib juara Kumpulan B Myanmar dengan jaringan lewat perlawanan 1-0.

Manakala Malaysia mengesahkan layak ke perlawanan akhir juga pada minit lewat perlawanan ketika menentang Indonesia. Gol tanduk yang berjaya dihasilkan oleh Thanabalan berjaya membawa Malaysia ke Perlawanan Akhir.

Thanabalan
Sumber : Kualalumpur2017

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2017

WAKTU PERLAWANAN

Malaysia vs Thailand : 29 Ogos 2017 ( FINAL ) 

Jam : 8:45 Malam ( Waktu Malaysia )

TEMPAT PERLAWANAN

Ramai yang menyangkakan perlawanan akhir akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil. Namun sangkaan itu meleset apabila perlawanan Akhir akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam ( Sumber : Kualalumpur2017.com.my )

KEPUTUSAN PERLAWANAN

FINAL : Malaysia vs Thailand : 0-1

Tekan Disini Untuk Melihat Video Jaringan dan Keputusan Penuh

Keputusan Peringkat Kumpulan 

Malaysia vs Brunei : 2-1
Malaysia vs Singapore : 2-1
Malaysia vs Myanmar : 3-1
Malaysia vs Laos : 3-1

Thailand vs Indonesia : 1-1
Thailand vs Timor Leste : 1-1
Thailand vs Combodia : 3-0
Thailand vs Philippines : 2-0
Thailand vs Vietnam : 3-0

Keputusan Separuh Akhir

Malaysia vs Indonesia : 1-0

Thailand vs Myanmar : 1-0

SIARAN LANGSUNG

Anda boleh menyaksikan perlawanan akhir ini melalui 2 saluran iaitu TV3 dan juga Astro Arena pada waktu yang telah ditetapkan.

Untuk itu marilah kita bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan negara yang bakal menentang pasukan Thailand ini.

Berdasarkan pemerhatian saya secara peribadi pasukan negara mempunyai harapan memandangkan pasukan Thailand tidak berada di aksi terbaik mereka pada pertandingan kali ini.

Namun skuad negara juga harus berhati-hati jangan terlalu yakin diri sehingga mampu mengundang bahaya.

Jika dilihat pada Aksi yang lepas kita dapat lihat Thailand bukanlah seperti pasukan 2 tahun lepas. Mereka nampak tumpul dijentera hadapan.

Malaysia juga bagi saya masih tumpul dibahagian hadapan, mereka ( penyerang ) harus memastikan tidak mensia-siakan setiap percubaan yang mereka perolehi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge