Cara membuat permohonan ke Matrikulasi 2018

0
29
views

Cara membuat permohonan ke Matrikulasi 2018 : Untuk makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi untuk sesi pengambilan 2018/2019 boleh dibuat secara online pada 1 Julai 2017

Kepada semua pemohon sila ambil perhatian ( terutama calon SPM 2017 ) tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2017. Jadi anda semua diminta untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup tersebut atau tidak anda terlepas untuk ke program Matrikulasi Kementerian pendidikan Malaysia ini.

Bagaimana untuk membuat permohonan ?

Kepada pemohon anda boleh membuat permohonan anda secara atas talian ( online ) menerusi portal rasti sistem aplikasi permohonan Matrikulasi dimana pemohon sebelum itu perlu mendapatkan nombor pengenalan individu ( No Pin ).Contoh No Pin

Untuk itu anda bolehlah membyar sebanyak RM10.06 kepada kaunselor atau guru yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar di sekolah masing-masing.

Atau anda ( pemohon ) boleh membelinya sendiri di Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berdekatan. Cara untuk membeli no PIN di BSN adalah dengan pergi ke kaunter dan katakan kepada penjaga kaunter anda ingin beli no pin Permohonan Program Matrikulasi. Bawa duit kecil bagi memudahkan semua pihak.

Harga No Pin Di BSN : KLIK DISINI !

Calon boleh mula untuk membuat permohonan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan juga no PIN yang telah anda beli di website berikut : Borang Permohonan Online Matrikulasi

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON MATRIKULASI

Syarat umum untuk anda layak menjadi pelajar Kolej Matrikulasi adalah anda merupakan seorang Warganegara Malaysia yang mana umur anda tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2017.

Dan anda telah membuat permohonan pada hari yang ditetapkan iaitu pada 1 Julai 2017 sehingga  30 November 2017.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan matrikulasi anda bolehlah menghubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083

Sekian sahaja. Saya ingin megucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal mengambil SPM pada tahun ini. Semoga anda semua berjaya dan seterusnya dapat memilih hala tuju yang betul selepas keputusan SPM dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge