Permohonan ke MRSM kemasukan Tingkatan 4 2018

0
57
views

Permohonan ke MRSM kemasukan Tingkatan 4 2018 : Kepada adik-adik yang berada di tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PT3 2017, dan berminat untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) tingkatan 4 bagi ambilan 2018 kini anda boleh membuat permohonan secara online.

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 3 ( PT3 2017 ) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta berkelayakkan.

PERMOHONAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian. Dan berikut merupakan perkara penting harus anda ketahui !

PERMOHONAN DIBUKA : Bermula pada 19 September 2017

PERMOHONAN DITUTUP : Permohonan akan ditutup pada 31 Oktober 2017

iklan permohonan ke mrsm 2018
iklan permohonan ke mrsm

SYARAT UMUM KELAYAKAN MRSM

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa hendaklah warganegara Malaysia
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online dan menjawab Online Self Assessment ( OLSA ) dalam tempoh yang telah ditetapkan

SYARAT KELAYAKKAN ASAS KEMASUKKAN MRSM

  • Memiliki sikap yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik
  • Bersedia untuk duduk di asrama
  • Memperolehi keputusan 6A 4B ( bagi pelajar semenanjung ) dan 5A 5B ( Sabah/Sarawak ) dalam Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) tahun 2017
  • Pemohon perlu memperolehi gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Aktif dalam koko

Cara membuat permohonan online Maktab Rendah Sains Mara

Pemohon baru mestilah mendapatkan kata laluan ( secara percuma ) terlebih dahulu sebelum mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online.

Kata laluan ini boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM tingkatan 4 menerusi sistem pada judul pautan berikut

Hanya perlu masukkan no kad pengenalan dan hantar untuk dapatkan kata laluan pengguna anda.

Setelah pelajar berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses ( log masuk ) sistem borang permohonan online.

Sila layari sistem borang Online permohonan kemasukan maktab rendah sains mara pada pautan berikut.

PERHATIANPada masa ini, sambungan akses ke laman sistem aplikasi permohonan MRSM disekat oleh pelayar internet ( google crome ) berikutan ” PRIVACY ERROR “. Untuk itu pemohon yang mendapat notice berikut hendaklah menekan kepada ” ADVANCED ” kemudian klik pada ” Proceed To “.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ke Maktab Rendah Sains Mara ini anda boleh rujuk Maklumat Kemasukan didalam PDF di bawah ini.

PDF KEMASUKKAN KE MRSM 2018

Sekian sahaja, saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pemohon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge