Cara membuat permohonan kemasukan ke pusat kemahiran giatmara 2018

0
99
views

Cara membuat permohonan kemasukan ke pusat kemahiran giatmara 2018 : Kepada semua yang berminat untuk memasuki Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA permohonan kemasukan akan dibuka pada ( 23 ogos 2017 sehingga 31 Disember 2017 ) bagi sesi kemasukan Januai 2018.

Kepada mereka yang ingin membuat biasiswa dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia ( Mara ) boleh membuat dan menghantar permohanan anda sebelum tarikh permohonan ke pusat latihan ditutup.

cara membuat permohonan giatmara

Cara membuat permohonan pusat kemahiran giatmara

Untuk pengetahuan umum GIATMARA dibina bagi menyediakan latihan kemahiran teknikan dan vokasionak kepada belia-belia Malaysia bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir.

Untuk itu bagi membuat permohanan anda mestilah menetapkan pilihan untuk menyertai program Latihan ini sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.

Bagi program sepenuh masa

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan sepenuh anda boleh memohon secara online. Untuk itu anda bolehlah melayari website berikut bagi mengisi borang permohonan anda : http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

Hanya kepada mereka yang ingin mengikuti program ini secara sepenuh masa sahaja dibenarkan membuat permohonan atas talian.

Program separuh masa

Jadinya untuk mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini secara separuh masa ( atau part time ), anda bolehkan download borang manual di bawah ini.

Borang Permohonan GIATMARA

Selepas itu anda perlulah melengkapkan semua ruangan kosong tersebut dan hendaklah anda menghantar borang yang lengkap tersebut ke mana-mana pusat GIATMARA berhampiran anda.

Syarat kemasukan pusat GIATMARA

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 15 Tahun
  • Pemohon mestilah seorang yang boleh membaca, menulis dan minat
  • Sihat tubuh badan
  • Sudah tamat tingkatan  dan berumur 18 tahun dan keatas merupakan syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga bagi kursus pendawaian Elektrik dan Penjaga elektrik

Kursus yang ditawarkan

Antara kursus yang boleh anda dapati di GIATMARA diseluruh Malaysia adalah seperti berikut

  1. Kluster Elektrikal ( KEL )
  2. Kluster Senibina
  3. Kursus Kluster Percetakan
  4. Kluster Pembuatan
  5. Kursus Kluster komputer dan Networking Technologi
  6. Kluster Elektronik Mekatronik
  7. Kursus Kluster Fabrik
  8. Kursus Kluster Hairdressing dan Kosmetilogi
  9. Kluster Hospitaliti
  10. Kursus Kluster Kulinari
  11. Kursus Kluster Mekanikal
  12. Kursus Kluster Pengangkutan

Jadi anda bolehlah membuat pilihan mengikut minat anda.

Cara menghubungi GIATMARA

Bagi sebarang pertanyaan dan persoalan anda bolehlah ajukan pertanyaan tersebut kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA, MALAYSIA

Tingkat 4 Bangunan Medan Mara
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

No Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
Fax: 03 2691 0249
Email : pel@giatmara.edu.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge