Resepi dan cara buat tau fu fah dengan mudah

0
133
views

Resepi dan cara buat tau fu fah dengan mudah : Kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian cara untuk memasak tau fu fah sendiri dengan mudah. Sebenarnya resepi ini saya dapat daripada internet apabila saya sedang mencari punya kenapa air soya yang saya beli semalam tiba-tiba menjadi tau fu fah.

resepi masak tau fu fah dengan mudah
resepi masak tau fu fah dengan mudah

Macam pelik bukan? Saya mencari punca kenapa dan mengapa air soya yang saya beli dengan harga RM4 ringgit pada waktu berbuka semalam bertukar menjadi beku ( seperti tau fu fah ). Sedang mencari sebab tiba-tiba terbaca pula satu artikel cara untuk buat tau fu fah dengan mudah yang dikongsikan oleh mynewhub.

RESEPI MASAK TAU FU FAH DENGAN MUDAH

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT TAU FU FAH

Berikut merupakan bahan-bahan untuk membuat tau fu fah dengan mudah. Semua bahan-bahan ini anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran.

  • Dua kotak air soya
  • Satu paket Agar-Agar bertali
  • Satu Cawan Air
  • Satu ketul guna merah ( Gula melaka )

CARA MEMBUAT TAU FU FAH

Apa yang perlu anda lakukan untuk menyediakan tau fu fah anda adalah seperti berikut :

  1. Masakkan agar-agar bertali tadi dengan secawan air kosong
  2. Selepas agar-agar itu hancur masukkan 2 kotak air soya tadi ke dalam periuk anda
  3. Biarkan di dalam periuk tersebut beberapa minit dan matikan api
  4. Tapis air rebusan soya tadi sebelum anda memasukkan ke dalam bekas
  5. Sekarang biarkan air rebusan tadi sejuk dalam kira-kira 30 minit
  6. Apabila air soya tersebut sudah sejuk dan ia keras kini ia sudah siap disediakan bersama air gula melaka tadi ataupun air gula pasir.

Begitulah cara untuk membuat tau fu fah dengan mudah yang dikongsikan oleh Fyda Fida dan dia mendapat lebih daripada 3000 share untuk resepi yang simple ini.

Jadi kepada peminat tau fu fah kalau rasa nak sangat makan tau fu fah bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Macam saya sendiri seorang peminat tau fu fah dan menjadi juadah wajib setiap kali ramadhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge