Sambil belajar sambil bercinta ?

2
127
views

Sambil belajar sambil bercinta ? :  Pada penulisan aku kali ini aku rasa aku nak kongsi sedikit berkaitan dengan kehidupan.  Berkaitan dengan cinta! Cinta, cinta itu adalah fitrah untuk manusia. Tetapi ingat! Cinta itu juga menjadi fitnah besar dalam kehidupan manusia.

Jadi bagaimana anda menguruskan cinta anda dan ke arah manakah menjurusnya cinta anda? Adakah ianya menjurus kepada fitnah ataupun ianya menjurus kepada kebaikan?

Aku menulis artikel ini bukanlah berdasarkan pengalaman aku bercinta atau sebaliknya tetapi aku menulis berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang manusia. Aku menulis artikel ini bukanlah untuk mengecam tindakan bercinta di alam sedang belajar mahupun sebaliknya. Tetapi penulisan ini hanyalah pandangan 20 sen aku.

belajar sambil bercinta

Apabila sebut sahaja perkataan cinta atau sayang itu adalah hak individu. Siapa aku, siapa kau dan siapa dia untuk mempertikaikan hubungan cinta seseorang?

Tetapi bagaimana keadaannya jika sambil belajar sambil bercinta ?

Pertama sekali bagi aku cinta sambil belajar perlu dilihat secara universal atau secara umum. Kau pikir dulu pasal diri kau. Kau ada duit sendiri atau kau masih guna duit mak bapak kau? Kalau guna duit mak bapak lebih baik kau jangan terkejar-kejar mencari cinta.

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya kau nak belajar kau sebenarnya memerlukan duit yang cukup untuk kau sara hidup kau dari segi makan minum kau, duit untuk kau buat assignment dan sebagainya. Bila kau bercinta kau akan memberi fokus kewangan kau kepada si kekasih hati.

Mestilah kalau bercinta korang nak keluar dating sama-sama, nak makan itulah inilah nak shopping itu ini. Aku boleh kata kalau dah keluar tu paling sikit korang akan habiskan duit korang RM50. Im pretty sure about this !

Itu paling cikai bak kata orang. RM50 itu minimum gilalah kalau RM100-150 itu normal. Aku tahu sebab aku ada kawan yang selalu date hujung minggu macam ni. Lepas tu mulalah di pertengahan sem atau hujung sem mula meminjam sana sini sebab duit makan tak ada.

Tapi bila bab dengan awek duit itu ada saja. Dengan topup paling minimum paling bangang korang mesti habiskan RM10-20 setiap minggu.

Mesti korang tertanya-tanya sebab apa aku letak pasal duit dulu? Kenapa aku tidak letak pasal tujuan masuk belajar sebab apa dulu?

Jawapannya ialah duit merupakan benda penting sebenarnya yang korang tidak akan boleh lari. Kadang-kadang ada saja manusia bangang masuk belajar bukan sebab minat atau bertujuan untuk belajar tetapi sebab kena paksa atau sebab malas nak kerja dan sebagainya. Jadi duit adalah salah satu benda yang dia harus pikir !

Kedua baru aku nak masuk bab belajar. Actually ustazah aku selalu berpesan kepada yang bercinta lupakan sekejap pasal cinta itu sebab apa bila korang bercinta sambil belajar benda paling depan atau benda paling kerap ada dalam otak korang adalah pasangan korang.

otak orang bercinta sambil belajar
Ini dia otak orang bercinta sambil belajar

Jadi ini akan menyebabkan pembelajaran korang terganggu. Jadi kepada yang sambung belajar bukan berniat nak belajar sangat tu aku tak ada benda lain nak cakap kat korang selain nak cakap baik behenti dari menyusahkan mak bapak.

Balik semula kepada yang bercinta sambil nak belajar! Aku sebenarnya menyokong apa yang ustazah aku cakap tu. Betullah bila seseorang itu bercinta dan belajar sebenarnya pelajaran itu berada di belakang pasangan mereka.

Aku ambik contoh cerita dari seorang kawan aku. Dia cerita mengenai kawan dia yang mana putus cinta masa final exam. Dari budak dekan jadi budak gagal ! Ini kisah benar budak tu fail semasa semester 4 dan behenti semasa semester 5 sebabnya apa? Sebab putus dengan awek. Tengoklah bahana cinta semasa belajar.

Kalau korang cakap macam ni ala diaorang tak pandai uruskan masa diaorang tak pandai uruskan hubungan dengan belajar?

Bagi aku betullah itu terpulang kepada seseorang itu sendiri untuk menguruskannya. Sebab ada sahaja cerita yang mana bila putus saja dia lagi bagus dari sebelumnya. Tetapi itulah cerita seseorang itu mengalah lebih banyak dari seseorang itu menjadi lebih bagus.

Ketiga, kalau korang bercinta dengan budak kampus korang pikir balik apa yang aku nak cakap ni. – Aku sebenarnya pilih kau sebab kau hensem / lawa. –

Kalau korang nak bercinta sebab pasangan korang lawa / hensem, sebenarnya korang silap sebabnya kat luar sana lebih banyak yang lawa dan hensem sebenarnya. Jadi pikir balik kalau korang hanya mencari yang cantik di dalam kampus korang silap.

aku pilih kamu
Aku pilih kamu sebab kamu cantik 😛

Jadi kat sini aku akan menyokong kalau korang pilih pasangan korang yang korang rasa terbaik sebab dia ada agama, matang menguruskan sesuatu dan sebagainya. Korang sebenarnya boleh berkawan baik dulu dengan dia.

Terakhir sekali untuk artikel serba kekurangan ini adalah, aku rasa kalau korang rasa ingin bercinta lebih baik korang memilih berkawan dahulu.

Percayalah cakap aku kalau korang bercinta semasa belajar ini korang akan hilang satu kenikmatan cinta selepas berumah tangga.

Bayangkan korang da sweet-sweet dan gaduh-gaduh dengan pasangan korang sebelum halal lagi nanti masa da di ijab kabulkan korang nak buat apa? Pikir baliklah.

Sebab itu aku sebagai seorang pemerhati merasakan kalau kita berkawan dan bercinta selepas nikah aku rasa lebih banyak kenikmatan kita akan dapat.

Tapi ada yang cakap nanti baik gaduh sebelum kahwin nanti kita tahu nak manage lepas kahwin. So macam aku selalu ulang di atas. Terpulang kepada individu.

2 COMMENTS

  1. saya tak tahu nak komen apa..

    yang saya tahu hidup tanpa cinta umpama sepi seorang pengembara solo di lautan tidak bertepi..

    cara mudah..buat ikut keutamaan..

    dah kerja atau dah bisnes boleh bercinta untuk dilangsungkan pernikahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge