Saya pilih wordpress daripada blogspot

4
125
views

Saya pilih wordpress daripada blogspot : Jika anda masuk ke dalam dunia blogger lambat atau cepat mesti anda akan mula berpikir-pikir untuk membina blog anda dalam blogspot ataupun berpindah ke wordpress.

sebab saya memilih wordpress
sebab saya memilih wordpress

Begitu juga saya, saya bermula bermain blog dengan mengunakan platform blogspot sebagai medan untuk saya berkongsi. Setelah lama mengunakan blogspot mula merasa keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jadi saya beralih ke wordpress pada tahun 2016. Jadi sehingga hari ini saya tidak lagi berpikir untuk berpindah daripada wordpress ke mana-mana platform yang lain sebab saya begitu selesa dengan wordpress.

SEBAB SAYA MEMILIH WORDPRESS DARIPADA BLOGGER

Sebelum saya nak bagi tahu sebab-sebabnya lebih korang sekiranya saya jelaskan dulu wordpress ini bagi korang tidak keliru. WordPress ini dia ada 2 satu wordpress.com dan satu lagi wordpress.org

Beza wordpress.com dan wordpress.org

WORDPRESS.COM : Sebuah platform yang digunakan untuk membangunkan website atau blog secara percuma dan setiap daripada penggunanya akan diberikan satu subdomain percuma contohnya seperti domain ini : www.contoh.wordpress.com

Jadinya wordpress.com ini sama seperti blogspot.com. Kalau korang nak guna domain sendiri pun boleh sama seperti blogspot.com.

beza wordpress dan blogspot
beza wordpress dan blogspot

Macam gambar di atas kalau korang ada self-hosting ia ibarat korang mempunyai rumah sendiri tapi kalau hosted korang hanyan menumpang dan bila-bila masa boleh di halau hehehe.

Jadinya pihak wordpress boleh bila-bila masa untuk mendelete konten korang jika mereka nak lebih-lebih lagi kalau setiap konten korang tersebut melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak wordpress.

WORDPRESS.ORG : Yang ini pula berbentuk persendirian, yang mana korang kena sediakan hosting korang sendiri. Dan semua apa yang korang buat untuk blog korang adalah dibawa tangungjawab korang sendiri. Tanpa ada orang yang berhak untuk mendelete konten korang sesuka hati.

[ Baca Juga ] – Hosting di SyokHost

So disini korang bebas untuk membuat sesuka hati korang. Apa yang perlu disini adalah domain sendiri, hosting sendiri. WordPress.org hanya menyediakan script untuk korang bina blog korang.

Jadi sekarang korang dapat bezakan antara dua wordpress tersebut? Baiklah sekarang kita akan berbalik kepada topik asal kita kenapa saya lebih memilih wordpress.

Saya memilih wordpress.org kerana beberapa sebab utama antaranya ialah dashboard wordpress lebih menarik daripada blogspot. Selain daripada dashboard yang menarik tempat kita untuk menulis juga tersusun rapi. So tidak terlalu crowded bak kata orang putih kerana ianya simple dan tersusun.

Pilih wordpress daripada blogspot
Tempat menaip yang begitu selesa

Selain itu, sangat mudah digunakan kerana banyak plugin dapat membantu kita untuk mempercantikkan blog dan sebagainya. Berbanding dengan blogspot yang mana kita sendiri perlu edit macam-macam secara manual.

Seterusnya tidak sesiapapun boleh delete blog kita sesuka hati sebab semuanya dibawah seliaan kita sendiri. Berbanding blogspot yang kadang-kadang sesuka hati mendelete blog. Saya masih ingat seorang blogger top di indonesia blognya di delete google. Itu antara sebab saya lari ke wordpress.

Template wordpress lebih menarik berbanding blogspot. Kalau blogspot itu ada yang menarik cumanya berbayar. Kalau wordpress template yang nampak professional kadang-kadang boleh dimiliki secara percuma. Contohnya template yang saya pakai ini ianya percuma.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge