Sebab apa assignment tidak dapat markah tinggi ?

0
53
views

Wasap guys , kali ni aku nak kongsikanlah tips atau cara untuk dapatkan markah tinggi untuk assignment . Mungkin ada dikalangan korang ni tertanya-tanya sebab apa assignment tidak dapat markah tinggi .

Ini antara cara dapat markah tinggi assignment
cara dapat markah tinggi assignment

Sakit hati jugaklah da buat assignment siang malam bagai nak punah biji mata , duit berterbangan tapi markah assignment 10 / 20 . Sakit jugak hati macam tu , tapi aku kongsikan tips ini berdasarkan tempat aku belajar dan cara aku dan kawan-kawan kolek markah daripada kerja khusus ataupun assignment ni .

Cara ini boleh diguna pakai untuk sebahagian besar mahasiswa di tempat belajar masing-masing .

Kalau nak ikutkan markah aku setiap kali assignment dalam 18 / 20 19 / 20 . Susah jugalah nak dapatkan 20/20 .

Cukup aku berceloteh diatas kini tiba masanya untuk kita semak cara untuk kolek markah kerja khusus / assignment .

Dapat markah tinggi dalam assignment
Dapat markah tinggi dalam assignment

Pertama , korang memang kena alert apa yang dikehendaki oleh pensyarah . Jangan lari tajuk  . Kalau da isi lari memang wajiblah dapat markah yang rendah .

Kedua , pastikan format assignment / kerja khusus korang mengikut skema atau format yang ditetapkan . Contoh assignment korang ikut format ukm so ikutlah font saiz berapa , justify dan lain-lain . Jangan main bantai keromo je nanti pensyarah pun kasi markah bantai keromo jugak .

Ketiga : Buat satu copy dahulu ( kena lah bazirkan sedikit duit ) untuk pensyarah cek dan perbaiki . ( Ini aku tak pasti tempat korang boleh ke tak ) . Kalau tempat aku belajar boleh . So dengan jumpa pensyarah kita akan dapat kenal pasti setiap kesalahan dari segi format , isi dan lain-lain . Lalu perbaiki setiap kesilapan jangan biarkan kesilapan dan kesalahan itu dibiar begitu sahaja .

Keempat : Hantar pada tarikh yang ditetapkan , pastikan tidak terlajak jadi disini korang kenalah perhatikan atau ambil berat tentang tarikh akhir penghantaran kerja khusus atau assignment ini perlu dibuat  . . .

Berbalik pada tajuk sebab apa markah kerja khusus rendah ini disebabkan oleh faktor berlawanan diatas .

Iaitu tidak cek assignment dengan pensyarah  / hantar tidak pada tarikh ditetapkan / lari daripada tajuk yang ditetapkan / format silap

#Sedikit perkongsian untuk tambahan isi kandungan artikel ini . 

Aku ingin mengingatkan kepada para pelajar atau mahasiswa sekalian untuk sentiasa backup assignment . Jangan biar assignment ada satu copy sahaja . Serius bahaya .

Jadi macam mana nak buat ? Ini dia sedikit idea yang dapat aku berikan kepada korang semua .

Cara agar assignment selamat 

  1. Lepas da edit / kemas kini assignment save dalam laptop dan pendrive
  2. Lepas tu upload di mediafire.com atau mana-mana tempat penyimpanan fail
  3. Atau buat satu group facebook peribadi dan 1 / 2 facebook fake add dalam group tersebut lalu add assignment anda dalam group tersebut .

3 langkah diatas dapat menjamin keselamatan assignment anda sampai submit kepada pensyarah anda . Jangan biarkan dalam laptop sahaja nanti ada virus korang akan menangis .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge