10 Sebab sembelit dan cara untuk mengatasinya

0
14
views

10 Sebab sembelit dan cara untuk mengatasinya: Saya cukup dan yakin sekali ramai diantara kita menghadapi masalah sukar untuk membuang air besar ataupun lebih dikenali dengan sembelit. Sebenarnya sembeli ini jika tidak diambil berat ia akan menjadi serius dan seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Sembelit ini biasanya akan terjadi apabila bahan buangan atau najis bergerak perlahan melalui saluran dan menyebabkan najis menjadi keras.

Tahukah anda ? Di Ameraka Syarikat selain daripada aspirin, jualan ubat sembelit lebih tinggi berbanding ubat lain. Dan sebanyak 700 juta usd telah dibelanjakan oleh orang-orang Amerika untuk mengatasi masalah sembelit yang kronik di kalangan orang dewasa !

SEMBELIT DAN CARA MENGATASINYA

Jadi pada kali ini saya akan kongsikan kepada anda sebab dan cara mengatasi sembelit. Perkongsian ini diambil daripada beberapa buah blog. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

SEBAB MENGAPA KERAP SEMBELIT

Berikut merupakan antara sebab mengapa anda terus menjadi mangsa atau terus mengalami masalah sembelit.

MALAS UNTUK MEMBUANG AIR BESAR

Antara sebabnya adalah anda malas menunggu najib keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Ini selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas. Jadinya ia akan mendorong kepada

NAJIS YANG TERLALU KERAS

Seterusnya adalah najis yang terlalu keras dan sangat menyakitkan apabila anda meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

SELALU TAHAN BERAK

Selanjutnya adalah menahan daripada membuang air besar disebabkan anda sedang melakukan pekerjaan, atau tandas yang tidak selesai dan sebagainya.

ANGIN DALAM BADAN ANDA TERLALU BANYAK

Seterusnya pula adalah disebabkan masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, atau kembung perut akan menyebabkan anda mendapat sembelit.

Dan sebenarnya banyak lagi sebab menyebabkan sembelit. Tetapi cukup perkara diatas yang menjadi kelaziman untuk anda mendapatkan sembelit ditulis.

10 CARA MENGATASI SEMBELIT

Berikut pula merupakan antara tips untuk mengatasi sembelit yang dapat saya kongsikan.

AMBIL SERAT

Pertama sekali untuk anda mengatasi masalah sembelit apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil makanan yang mengandungi serat.

Kalau boleh lebihkan pengambilan serat dalam setiap makanan yang anda ingin makan. Serat kebiasaannya banyak terdapat di dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

MINUM AIR PUTIH DENGAN BANYAK

Seterusnya adalah mengamalkan minum air putih atau air masak dengan banyak dalam masa sehari. Paling kurang 1.5 liter air setiap hari atau sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari semalam.

Selain daripada mengelak daripada mendapat penyakit sembelit minum air putih juga akan membuatkan otak seseorang itu menjadi segar bugar.

MINUM AIR BUAH LEMON

air lemon
Sumber : health.liputan6.com

Buah lemon juga membantu untuk mengatasi masalah sembelit ini. Buah lemon mengandungi asid sitrik yang mana ianya berfungsi sebagai peransang system oenghadapan. Selain itu juga lemon menyahtoksin dan membersihkan material yang tidak tercerna yang melekat di dinding usus.

Oleh itu, jadikan buat lemoh ini sebagai jus dalam membantu anda untuk mengatasi masalah sembelit.

CARA : Buat jus lemon dengan memerah 2 buah lemoh ke dalam cawan dicampur dengan sedikit gula dan seterusnya minum. Bilas dengan air suam selepas minum air lemon

GUNAKAN GEL ALOVERA ( LIDAH BUAYA )

Selain itu, Lidah Buaya juga antara ubat untuk menyembuhkan sembelit anda. Tahukah anda Lidah buaya sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan kelebihan selain daripada untuk menghilangkan bekas jerawat, meluruskan rambut dan sebagainya ia juga mampu untuk membantu menyembut sembelit.

CARA : Bagaimana cara untuk menyembuhkan sembeli dengan lidah buaya? Caranya adalah dengan meyapukan gel-gel lidah buaya tersebut ke atas perut anda.

Selain itu antara yang boleh anda amalkan untuk sihatkan sembelit anda adalah dengan campur 2 sudu gel lidah buaya dengan jus buah-buahan dan minum pada setiap waktu pagi.

MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun juga dipercayai dapat membantu meredakan sembelit. Dimana cecair minyak ini dapat merangsang sistem penghadaman, membantu untuk melicinkan laluan najis di sepanjang usus besar dan megelakkan sembelit berulang di kemudian hari.

Cara : Campur sesudu minyak zaitun dan sesudu kecil jus lemon dan minum air tersebut ketika perut anda kosong.

BUAH PRUN

buah prun
Sumber : khasiat.co.id

Selain daripada cara diatas Buah Prun juga boleh dibuat jus untuk meredakan sembelit. Buah prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan sorbitol. Apa itu sorbitol? Sorbitol adalah berfungsi untuk melembutkan najis namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong gas serta membuatkan najis menjadi terlalu lkembut.

Cara : Anda harus meminum 2 gelas jus prun pada setiap hari iaitu pada waktu pagi dan juga pada waktu malam.

KOPI

Kafein juga merupakan stimulan semula jadi untuk sistem penghadaman namun digalakkan untuk menghadkan pengambilan 1-2 cawan sahaja sehari kerana kopi bersifat diuretik dan mendorong anda membuang air kecil dengan lebih kerap.

Cara : Minum sahaja air kopi seperti biasa dan bilas dengan meminum air suam yang mencukupi.

BETIK

Buah betik juga sangat membantu dalam proses peneutralan sembelit kerana buat ini mempunyai zat khusus untuk mencairkan fases ( najis ) dan menjadikannya lebih mudah untuk keluar tanpa menahan sakit

BUAH TOMATO

Selain menjadi bahan masakan harian buah tomato juga mempunyai khasiat tersendiri untuk mengatasi masalah sembelit ini.

Buah ini amat mudah untuk dijumpai di mana-mana kedai sahaja oleh itu anda boleh menggunakannya untuk mengatasi masalah sembeli

Cara : Gunakan 2 biji tomato dan buat ia sebagai jus. Minum jus tomato ini tanpa menambah sebarang bahan lain.

URUT

Dan cara terakhir untuk mengatasi masalah sembelit adalah dengan memicit-micit perut anda secara perlahan-lahan. Ini akan membantu angin keluar daripada perut anda.

Secara tidak langsung akan menghilangkan masalah sembelit anda.

Akhir kata itulah 10 cara mengatasi masalah sembelit yang dapat saya kongsikan kepada anda pada artikel kali ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda .

Sumber : Siraplimau | carakupunya | zazaiman | Nona Karangkraf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge