Tarikh dan cara semakan keputusan rayuan matrikulasi 2016 2017

0
51
views

Semakan ke matrikulasi

Tarikh semakan keputusan rayuan ke matrikulasi 2016 : Mungkin sahabat pembaca sekalian sebelum ini tidak layak pada keputusan awal masuk ke kolej matrikulasi bagi sesi tahun 2016/17 . Jadi sahabat sekalian telah membuat permohonan bagi rayuan ke matrikulasi sesi 2016 .

Untuk itu tarikh bagi semakan keputusan rayuan ambilan kedua matrikulasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web rasmi mereka iaitu http://moe.gov.my/ ialah pada hari esok ( 18 Jun 2016 ) . Semakan rayuan matrikulasi boleh dilihat pada jam 12 tengah hari .

Sebelum ke cara untuk membuat semakan keputusan . Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mendapat tempat duduk awal di kolej matrikulasi .

Cara semak rayuan kedua ke matrikulasi

Tarikh dan cara semakan keputusan rayuan matrikulasi 2016 2017
Sumber : Moe.gov.my

Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM0.50 baki telepon sebelum membuat semakan ini kerana bagi membayar caj penghantaran dan juga caj penerimaan yang bakal dikenakan . Kalau dah ada anda hanya perlu hantar mesej dengan cara

MOE < Jarak > MAR < Jarak > NO IC ANDA

Dan Hantar ke 15888

Contoh : MOE MAR 970101053210 Dan hantar ke 15888

Bagi calon yang layak pada rayuan ini . Anda diminta untuk lapor diri ke kolej pada tarikh 23 jun 2016 dengan membawa beberapa dokumen berikut .

  • Surat tawaran ke matrik
  • Panduan pendaftaran pelajaran
  • Maklumat peribadi pelajar ( ic , result spm dan sebagainya )
  • Akuan persetujuan ibubapa dan maklumat kesihatan
  • Surat dokter berkaitan dengan bebas dari mengguna dadah
  • Borang perjanjian pelajar

Sumber :http://moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5354

Bagi calon yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran mereka ke kolej matrikulasi , tahniah saya ucapkan . Bagi mereka yang kurang bernasib baik , jangan bersedih kerana Allah sebaik-baik perancang mungkin tiada rezeki anda disana . Allah sudah takdirkan anda untuk berada di tempat selayaknya anda berada .

Yang penting anda terus belajar dan jangan pernah jemu untuk belajar , dimanapun anda berada niatkan belajar untuk ilmu kerana Allah taala .

Diingatkan sekali lagi , jangan pernah lupa untuk membawa dokumen-dokumen penting sebelum anda pergi untuk lapor diri . Buatkan persiapan 1 atau 2 hari sebelum anda lapor diri . Jangan sediakan pada minit-minit akhir nanti semua berantakan dan tertinggal susah nanti  .

Sebelum keluar dari rumah , buat dua hingga tiga kali cek bagi memastikan setiap dokumen anda lengkap .

Itu sahaja sedikit perkongsian saya bagi Tarikh dan cara semakan keputusan rayuan matrikulasi 2016 2017 .

Selamat datang ke dunia matrikulasi bagi mereka yang berjaya . !

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge