Semut penuh dalam keyboard laptop? Ini dia cara untuk mengatasinya

3
54
views

Semut penuh dalam keyboard laptop? Ini dia cara untuk mengatasinya : Mesti korang sakit hati bukan ? Bila buka sahaja lipatan laptop korang akan lihat seranga-seranga kecil sedang bersenang riang dan sedang bergembira sesama mereka.

Fuhh itulah perasaan yang aku hadapi baru-baru ini !

Jadi untuk itu aku rasa terpanggil ( acah je ayat ni ) untuk kongsikan kepada korang cara untuk mengatasi semut dalam laptop dengan mudah.

Bagaimana cara mengatasi semut dalam laptop

MENGATASI SEMUT MASUK DALAM LAPTOP

Berikut adalah langkah dan cara untuk mengatasi semut masuk dalam laptop. Tetapi sebelum itu mestilah kita kena amalkan untuk mengelakkan laptop dimasuki oleh semut.

TABUR UBAT GEGAT DI SEKELILING KAWASAN LAPTOP

Pertama sekali cuba korang amalkan menabur ubat gegat kat sekeliling tempat korang letak laptop. So ini secara tidak langsung akan membunuh semut dan sekiranya semut da mati maka tak adalah semut dalam laptop korang !

Jadinya belilah ubat gegat untuk semut di kedai terdekat, memang menjadi benda ni untuk membunuh semut.

asam keping mengatasi semut
Sumber : Flick.com

TABURKAN ASAM KEPING 

Selain itu ada jugak tips mengatakan dengan menabur asam keping di sekeliling tempat bersemut akan membuatkan semut tersebut lari dari tempat tersebut ! Jadi tips ini korang boleh cuba juga untuk avoid semut daripada masuk ke dalam laptop anda !

…. Ok sekarang saya akan kongsikan pula bagaimana kalau semut sudah ada dalam laptop anda, tips diatas sudah pasti tidak berjalan dah kan !

BUKA LAPTOP ANDA DI KAWASAN TERBUKA

Cuba korang bawak laptop korang di ruang tamu ke atau di mana-mana tempat terbuka. Selepas itu ketuk laptop anda secara perlahan-lahan di keypad dia. Dan biarkan semut keluar sendiri dan kalau boleh sediakan ” BUKU AYAM ” untuk menyapu terus semut daripada berada di atas keypad laptop.

HIDUPKAN LAPTOP ANDA DAN BIARKAN DIA PANAS

Biasanya semut akan keluar sendiri kalau laptop panas. Tetapi bahaya juga takut semut tu main kat tempat sensatif di dalam laptop seperti di Kipas laptop. Ataupun letak kejap laptop di kawasan yang panas seperti di bawah mentari pagi xD hahaha biarkan semut keluar mengelupur.

BUKA BODY LAPTOP UNTUK SAPU BARANG DALAM

Seterusnya kalau sudah feedup sangat bawa je laptop anda ke klinik laptop berdekatan dengan tempat anda untuk membuat servis. Cakap nak bersihkan barang dalam laptop. Insha Allah tidak lebih daripada RM30. Standard harga RM15-25 je. Ada sesetengah tempat kalau cakap nak buang semut boleh dapat free of charge tapi bagi je la diaorang duit sikit !

JANGAN GUNAKAN TIPS LETAK GULA PASIR DI TEPI LAPTOP

Dan akhir sekali jangan bangang dan lurus bendul dengan meletakkan gula pasir di tepi laptop untuk mengeluarkan semut. Ini hanyalah lawak jenaka orang semata-mata jangan ikut pulak kang rosak lagi laptop korang sebab biasa kalau semut jumpa guna memang dia keluar kejap pastu dia akan panggil semua koloni dia untuk bawa masuk guna dalam sarang takut laptop korang jadi sarang diaorang.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge