Sujud sahwi dan cara melakukannya

2
32
views

Alhamdulillah diberi kesempatan pada hari ini untuk menulis artikel , setelah kemarin saya menulis artikel berkaitan “Kebaikan wordpress berbanding blogspot“ pada kali ini artikel yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan agama islam iaitu “ Sujud sahwi mengikut mazhab Syafie . Semua isi di dalam artikel ini saya ambil daripada Kita Fiqah Mazhab As-syafie jilid 1 . Semoga memberi manfaat sedikit sebanyak kepada para pembaca sekalian.

Makna sujud sahwi mengikut mazhab as-syafie

Erti Sahwi dari segi bahasa ialah lupa dan lali terhadap sesuatu . Manakala maksud sahwi di sini ialah : Kecacatan / Kekurangan yang berlaku ketika seseorang sembahyang sama ada dengan sengaja atau terlupa . Sujud sahwi ini dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang telah berlaku. Ia dilakukan di akhir sembahyang .

Sebab-sebab kena buat sujud sahwi mengikut mazhab as-syafie

Pertama orang yang bersembahyang meninggalkan sebahagian sunat-sunat ab’ad seperti bacaan tasyahhud awal dan qunut . Al-Bukhari ( 1166 ) dan muslim (570) meriwayatkan daripada Abdullah bin Buhainah r.a bawaha dia telah berkata :

Kami sembahyang bersama-sama rasulullah s.a.w , Setelah tiba pada rakaat kedua di setengah sembahyang , Baginda terus berdiri dan tidak duduk , lalu orang ramai berdiri bersama-sama baginda ( dalam riwayat lain , Baginda bangun ketika rakaat kedua sembahyang zuhur ) Apabila hampir selesai sembahyang nya kami menunggu-nunggu salamnya , tiba-tiba rasulullah bertakbir sebelum memberi salam untuk sujud dengan dua kali sujud , kemudian baginda memberi salam .

Mengikut Ibnu Majah ( 1208 ) dan abu daud (1036) dan lainnya meriwayatkan daripada Al-Mughirah bin syu;bah , dia berkata rasulullah bersabda

Apabila seseorang kamu bangun dari rakaat kedua sedangkan dia masih belum berdiri dengan sempurna maka hendaklah dia duduk kembali ( untuk baca tasyahhud awal) . Dan apabila dia telah berdiri dengan sempurna maka jangan duduk dan hendaklah sujud dengan dua kali sujud .

Kedua sujud sahwi sunat dilakukan apabila berlaku keraguan pada bilangan rakaat yang telah dibuat . Ketika ini hendaklah mengambil kira bilangan yang sedikit , dan sempurnakan rakaat yang masih berbaki kemudian sujud sahwi . Ini dilakukan sebagai tampungan kerana kemungkinan dia telah menambah bilangan rakaat sembahyangnya .
Dengan itu sekiranya dia syak dalam solat zuhurnya ; adakah dia telah sembahyang tiga rakaat atau empat rakaat sedangkan dia masih dalam sembahyangnya maka hendaklah dia mengandaikan bahawa dia sembahyang tiga rakaat ( pilih yang paling sedikit atau kurang ) . Dan hendaklah dia menambah satu rakaat lagi . Kemudian dia hendaklah membuat sujud sahwi sebagai tampungan kerana kemungkinan dia telah sembahyang lima rakaat .

Imam muslim 571 meriwayatkan daripada Abi Said r.a bahawa dia berkata : Rasulullah telah bersabda
Apabila seseorang kamu merasa ragu dalam sembahyangnya dan dia tidak mengetahui berapakah rakaat yang telah dilakukan . Tiga atau empat maka hendaklah dia mencampakkan atau menghilangkan perasaan ragu nya dan dia hendaklah mengambil apa yang diyakini iaitu memilih tiga rakaat kerana itu yang diyakini kemudian sujud dengan dua kali sujud sebelum memberi salam . Sekiranya dia bersembahyang lima rakaat maka rakaat tambahan itu menjadikan sembahyangnya genap untuknya iaitu sebagaimana sepatutnya. Sekiranya sembahyang cukup empat rakaat maka sujudnya itu adalah tekanan dan penghinaan kepada syaitan .
Tetapi sekiranya keraguan seperti di atas berlaku setelah selesai sembahyang maka sesungguhnya keraguan tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada kesempurnaan dan sahnya sembahyang yang didirikan . Kecuali jika dia ragu pada rukun niat dan takbiratul ihram . Yang mana keadaan tersebut mewajibkan seseorang individu itu untuk mendirikan kembali solatnya .
Kelupaan makmum yang mengikut imam seperti lupa membaca tasyahhud awal adalah tanggungan imam dan dia tidak perlu untuk melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam .
Dalilnya : Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan dia telah mensahihkannya (362) iaitu Imam itu adalah penjamin .
Ketiga apabila melakukan perbuatan yang dilarang kerana terlupa di mana perbuatan tersebut akan membatalkan sembahyang jika dilakukan dengan sengaja . Contohnya bercakap dengan beberapa kalimah atau menambah satu rakaat dalam keadaan terlupa , kemudian dia teringat kembali ketika masih dalam sembahyang , maka dia hendaklah sujud sahwi .
Keempat iaitu melakukan perbuatan sembahyang yang sama ada satu rukun sempurna atau sebahagiannya atau membaca surah bukan pada tempatnya ketika ia masih bersembahyang .
Contohnya ia membaca fatihah ketika duduk tasyahud atau membaca Qunut ketika rukuk atau membaca surah yang disunatkan selepas fatihah ketika I’tidal , ketika itu disunatkan supaya sujud sahwi di akhir sembahyangnya .

Hukum melakukan sujud sahwi mengikut mazhab syarfie

Hukumnya ialah sunat ketika berlaku sebab-sebab yang telah anda baca di atas . Sekiranya dia tidak sujud sembahyangnya tidak batal kerana sujud sahwi tidak wajib kerana ia tidak diperintah melakukannya disebabkan meninggalkan perkara-perkara wajib .
Dalil ia disyariatkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari ( 1169 ) daripada abu Hurairah bahawa dia telah berkata

Nabi telah bersembahyang zuhur atau asar bersama-sama dengan kami . Lalu tiba-tiba baginda memberi salam iaitu setelah rakaat kedua . Maka Zul Yadain bertanya . Wahai rasulullah adakah sembahyang telah berkurang ( rakaatnya ) ? Nabi s.a.w pun bertanya adakah benar apa yang dia perkatakan ? Jawab para sahabat : Ya . Lalu Rasulullah s.a.w menambah dua rakaat lagi . Kemudian baginda sujud sebanyak dua kali .

Cara melakukan sujud sahwi dan tempatnya mengikut mazhab as-syafie

Sujud sahwi adalah dua sujud seperti sujud-sujud yang lain . Orang yang bersembahyang hendaklah berniat sujud sahwi ketika melakukannya . Tempatnya ialah di akhir sembahyang sebelum salam . Sekiranya dia memberi salam sebelum sujud sama ada sengaja atau terlupa dan tempoh pemisahan antara memberi salam dan selepasnya telah lama , maka luputlah tuntutan sujud ashwi daripadanya ( dia tidak boleh lagi melakukannya semula ) .
Sekiranya tempoh pemisahan itu masih pendek maka boleh dia melakukannya semula sujud tersebut dengan dua kali sujud sambil berniat sujud sahwi kemudian dia memberi salam buat kali kedua . Di bawah saya sertakan sedikit ringkasan cara melakukan sujud sahwi yang di ambil daripada salah sebuah blog .
– Selepas baca tahiyat akhir , sujud sambil mengucapkan takbir iaitu Allahu akbar dan sambil sujud baca ayat ini
– ُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
– Maksudnya : Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
– Duduk dua sujud semula dan baca seperti solat biasa
– Sujud sekali lagi dan ucap takbir
– Kemudian duduk semula dengan duduk tahiyat akhir
– Akhir sekali beri salam kanan dan kiri

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge