Sukan sea Kuala Lumpur : Malaysia rancang elak jumpa pasukan thailand

1
105
views

Sukan sea Kuala Lumpur : Malaysia rancang elak jumpa pasukan thailand :  Tadi sempat singgah sekejap di page astro arena sebab nak follow up sukan tanah air dan terbaca pula satu artikel yang mengatakan persatuan bola sepak malaysia ( FAM ) membuat perancangan untuk elak berjumpa pasukan thailand.

Elak berjumpa pasukan bola sepak thailand antara strategi untuk Malaysia sebagai tuan rumah sukan sea kuala lumpur 2017 bagi merebut Ibu Segala pinggat itu. Saya pun tak pasti sama ada perancangan atau perubahan untuk format undian ini berjaya atau tidak.

Sebab mengikut daripada artikel yang diterbitkan oleh astro arena beberapa negara telah mengemukakan bantahan. Antara negara yang membuat bantahan ialah vietnam mereka telah mengemukakan bantahan rasmi kepada MASOC termasuk Persekutuan Bolasepak Asean ( AFF ).

Pasukan bola sepak malaysia cuba elak bertemu thailand di sukan sea
Pasukan bola sepak malaysia cuba elak bertemu thailand di sukan sea

Disebabkan telah mengundang rasa tidak puas hati Vietnam dan juga pasukan Laos, Persatuan bola sepak Malaysia dikatakan akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Olimpik Malaysia dan juga Masoc untuk memutuskan format undian.

Anda boleh baca penuh mengenai ini di : Astro Arena : Malaysia Rancang Ubah Format Undian Sukan Sea

Tahukah anda ramai diantara peminat sukan bola sepak tanah air mengecam tindakan yang dibuat oleh fam ini. Mereka mengatakan Malaysia sebagai penakut dan tidak akan maju sekiranya terus jadi pengecut.

Malaysia cuba rancang elak berjumpa thailand
Sumber : Facebook Astro Arena

Ini antara sebahagian daripada komen mengambarkan betapa peminat tanah air tidak bersetuju dengan tindakan yang cuba dilakukan oleh FAM.

Yes bagi saya sendiri pun saya amat tidak bersetuju dan merasakan tindakan ini sebagai pengecut sama seperti peminat bola sepak yang lain. Kenapa perlu kita menunjukkan bahawa kita ini lemah?

Kalau sukan sea sudah menunjukkan yang kita ini lemah bagaimana kita nak bertanding di peringkat asia? Inikah pasukan yang katanya bakal melangkahkan kakinya ke Piala Dunia? Inikah pasukan yang dikatakan akan menakluk Asia Tenggara?

Kalau mereka ( fam ) mengatakan ini hanya strategi untuk menang. Maka saya boleh mengatakan bahawa strategi ini adalah strategi seorang penakut. Strategi seorang yang tidak ingin maju. Strategi seseorang yang masih ditakuk lama.

Akhir kata daripada saya, saya mendoakan dan akan cuba sedaya upaya untuk menyokong pasukan negara beraksi seandainya kita berjuang dengan jalan yang adil. Ayuh sama-sama kita menyokong pasukan negara !

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge