Syarat , rukun dan perkara membatalkan puasa ramadhan

0
51
views

Pada artikel ini saya akan menulis berkaitan dengan #Apa itu rukun puasa ramadhan #Apa itu syarat puasa ramadhan #Perkara-perkara membatalkan puasa ramadhan .

Semua penulisan ini berlandaskan kitab mazhab syafie jilid 2 . Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua yang beragama islam yang akanBerpuasa dalam bulan ramadhan .

Syarat-syarat wajib puasa dan syarat sah puasa

Wajibnya puasa ramadhan apabila sempurnanya perkara berikut .

Islam – Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang kafir dengan makna di dunia ini tidak ada tuntutan untuk berpuasa terhadap semua orang kafir . Puasa adalah cabang kemasukkannya ( orang-orang kafir ) ke dalam islam .
[toggle title=”Artikel Berkaitan Puasa” state=”open”]

  1. Pengertian dan Pengsyariatan Puasa
  2. Syarat rukun dan perkara membatalkan puasa
  3. Adab Puasa

[/toggle]
Akan tetapi selagimana mereka kafir tiada kewajipan atau tuntukan untuk mereka secara wajib untuk melaksanakan puasa di dalam bulan ramadhan .

Adapun di akhirat mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana mereka meninggalkan cabang-cabang islam.

Taklif – Maksud taklif ialah orang islam itu telah berakal dan baligh , sekiranya hilang salah satu dari dua sifat ini . Maka jatuhlah daripadanya sifat taklif .

Jika jatuh sifat taklif maka gugurlah kewajipan ke atas mereka ini untuk melakukan ibadah puasa ramadhan ini .

Tiada keuzuran yang menghalangnya berpuasa atau mengharuskannya berbuka seperti berada di dalam keadaan haid , pengsan sepanjang hari , Sakit , Musafir .

Syarat sah Puasa 

i. Islam , tidak sah puasa orang kafir

ii. Berakal yang bermaksud mumayyiz , tidak sah berpuasa orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh kerana mereka tidak memili niat

iii. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas , pengsan , atau gila sepanjang hari .

Rukun puasa

Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu

Niat – Satu benda yang di lintaskan di hati , tidak cukup hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyarakatkan melafazkan  .

  • Meniat pada waktu malam

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa , bermula terbit fajir sehingga tenggelam matahari .

Perkara membatalkan puasa bulan ramadhan

Disini saya terangkan secara ringkas perkara yang boleh membatalkan puasa bulan ramadhan . 

  • Makan atau minum
  • Sampainya sesuatu ke dalam rongga melalui liang yang terbuka
  • Muntah dengan segaja
  • Istimna iaitu mengeluarkan air mani
  • Haid dan nifas
  • Gila dan murtad

Begitulah perkongsian serba sedikit tentang # syarat sah dan syarat wajib puasa bulan ramadhan , rukun puasa , dan perkara yang boleh membatalkan puasa bulan ramadhan .

Semoga terus istiqomah dalam mebuat dan melipat gandakan amalan dalam bulan puasa . Semoga mendapat limpahan rahmat nikmat pahala daripada Allah .

Terima kerana membaca ” Syarat , rukun dan perkara membatalkan puasa ramadhan ” silalah untuk berkomen di ruang komen . 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge