Syukur blog dapat pageview tinggi dan visitor yang ramai

1
81
views

Syukur blog dapat pageview tinggi dan visitor yang ramai :  Alhamdulillah dalam beberapa hari terakhir ini saya lihat perkembangan blog saya semakin baik. Jika dilihat pada statistik histat menunjukkan pageview dan juga visitor blog saya meningkat.

cara buat visitor dan pageview meningkat
Statistik daripada hitstat untuk pageview dan visitor saya pada 25 June 2017

Alhamdulillah untuk 5 hari terakhir ini blog saya mendapat visitor lebih daripada 100 orang perhari. Angka ini terus meningkat daripada semasa ke semasa.

Mungkin anda cakap ala baru 100 orang nak kecoh, tidak mengapalah andai kata korang cakap macam itu sebab saya berpegang kepada prinsip realistik dalam menerima sesuatu. Saya masih juga masih belajar lagi cara untuk meningkatkan jumlah pembaca di blog.

[ Baca Juga ] – Rezeki Adsense RM2000

Dan saya secara jujur target pengunjung daripada google bukannya daripada media sosial atau sebagainya. Akan tetapi secara seorang blogger juga saya tidak boleh mengendahkan visitor daripada media sosial sebabnya ia akan membantu blog secara tidak langsung untuk bersaing di halaman satu google.

visitor blog saya

Kalau korang tengok statistik daripada slimstat. Jelas bahawa blog yang tidak seberapa menyerlah ini menerima kunjungan rata-ratanya daripada Google Search .

Dan ada beberapa artikel sahaja yang benar-benar popular di dalam blog saya ini. Jelas kelihatan disitu apabila keputusan hoki yang saya update di blog mendapat kunjungan hebat daripada pembaca. Terima kasih.

Dan saya yakin blog ini akan mula sepi dan hanya menerima kunjungan secara purata 80 orang setiap hari apabila saingan hoki tamat. Dan insha Allah saya akan cuba cari benda lain untuk naikkan kembali blog ini. So ini antara tips yang boleh saya bagi untuk menaikkan pageview dan visitor blog.

Cara agar blog banyak pelawat ( visitor ) dan tinggi pageview

Share di media sosial setiap artikel yang korang buat, kalau macam saya dulu mula-mula main blog saya akan share di setiap page group di facebook. Sebabnya ini akan meningkatkan nilai seo juga untuk blog kita.

Belajar teknik seo dengan betul di mana-mana blogger top. Belajarlah teknik offline dan online seo. Saya bukan pakar tapi saya selalu membuat kajian dan pembacaan di setiap blog berbeza untuk tingkatkan kualiti seo blog saya.

Cara tajuk yang tengah popular macam yang saya lakukan. Tapi disini kena korang bagi perhatian sekiranya korang ada blog yang berniche ( hanya menulis artikel yang saling berkait macam hanya tulis tentang teknologi ) so korang cari yang berkaitan teknologi sahaja. Macam saya blog peribadi saya akan menulis sesuka hati.

Melakukan blogwalking dengan sesama blogger. Saya cukup gembira sebab walaupun saya baru di dunia blogger ramai blogger senior seperti memberi bantuan atau support untuk saya seperti saling menukar komen dan sebagainya ini secara tidak langsung meningkatkan pageview dan juga visitor seterusnya memberi nilai seo dalam blog kita.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak tulis tapi cukuplah sekadar ini sahaja. Jika anda seorang blogger ayuh bersama-sama saya untuk menjadi rakan atau sahabat blogger hehehe. Jangan sombong ye salam perkenalan blogger daripada saya KhairulAnwar.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge