Tahukah anda bahaya main hack di csgo

0
60
views

Baiklah korang hari ini aku nak kongsi cerita dengan korang pasal csgo, pertama sekali aku nak cakap yang aku mula fanatik main csgo ni hujung tahun lepas, sebab aku main csgo ni aku nak lari dari main sudden attack ( sekarang da tutup ) dan blackshot sebab banyak sangat hack.

Inilah dia bahaya main hack csgo
Bahaya main hack csgo

Aku ingat main csgo ni game berbayar tak ramailah hacker-hacker berkeliaran, ya pada awalnya aku punya prediction macam betul sebab tak ramai aku jumpa hacker tapi lepas saja 2 3 bulan aku main aku da mula rasa semacam dengan csgo ni. Rupanya ramai jugak hacker kat sini.

Aku pun apa lagi main jelah sambil maki-maki sampai lah satu saat sakit hati aku cari hack untuk lawan balik hack. Tahu tak apa jadi lepas tu ?

INI PERKARA YANG HARUS KORANG TAHU KALAU MAIN HACK DI CSGO

Pertama hack adalah illegal dalam mana-mana game itu mesti korang da tahu macam tu jugak dalam csgo. Kalau korang main hack dia bukan macam blackshot ada hack update ada hack update jarang lah kena banned akaun kalau adapun tak ramai yang kena berbeza dengan csgo.

Csgo kalau korang hack memang korang akan happy sebab dia tak update terus menerus apa yang diaorang buat tunggu kau main 1 2 minggu lepas tu kalau banyak report korang akan wajib kena banned sebab dia orang akan tengok korang punya gameplay.

Macam aku, aku dapat guna hack ni selama 2 minggu lepas tu aku banned, cilaka sungguh. Dah terpaksa beli akaun baru.

Kat sini korang kena tahu jugak bukan setakat report je membantu diaorang banned korang tapi rupanya diaorang boleh detect sofware hack csgo korang tu. Macam member aku kena dia tak guna dah hack tu tapi 1 minggu lepas tu kena banned sebabnya ada sofware hack dalam pc dia.

So korang kalau da guna sofware hack csgo tu pastikan kalau korang da kena banned delete terus dari laptop sebab diaorang boleh detect.

BOLEH KE UNBANNED AKAUN CSGO ? 

Ni persoalan yang paling popular la bagi aku, boleh ke nak unbanned csgo sebab guna hack? Sesiapa yang da kena VAC alamatnya bolehlah ucapkan selamat tinggal selama-lamanya untuk akaun tu sebabnya mereka tidak akan pedulikan apa-apa email untuk membuktikan kalau korang bukan hacker.\

So untuk jawapan persoalan diatas boleh ke unbanned vac untuk csgo adalah 100% tidak boleh.

APA KENA BUAT KALAU KENA VAC CSGO 

Kalau korang da kena VAC tu alamatnya kumpul balik duit RM31 takpun RM15 ( Tunggu Offer ) beli balik akaun csgo baru. Itulah antara jalan keluar kalau da kena vac.

BOLEH KE GUNA AKAUN CSGO YANG DA KENA VAC UNTUK BUAT AKAUN BARU ATAU BELI BARU ?

Jawapannya tidak sama sekali. Sekali kau da buat hal dengan Valve diaorang tidak akan percaya kau buat selama-lamanya tak tahulah nanti tiba-tiba diaorang baik hati boleh beli akaun baru ke apa tapi buat masa ni kalau da kena tu memang alamatnya kena daftar steam baru.

BOLEH KE TRADE ITEM CSGO YANG KENA VAC KE AKAUN LAIN ? 

Kalau da kena banned tu memang akaun tu tak boleh guna 100%. Termasuklah nak trade barang yang kau da beli ke akaun baru.

Habis macam mana kalau item aku lawa-lawa aku beli mahal? Siapa suruh kau main hack da kena banned padan muka halalkan jelah. Sebab akupun kena :P.

CSGO KENA BANNED KALAU NAK MAIN DOTA 2 ?

Boleh je kau nak main dota 2 dia takkan kacau apa-apa game lain. Yang cuma dia kacau ialah akaun kau main hack tu sahaja. Sebab steam tu proxy untuk game bukan owner game. Syarikat diaorang lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge