Tarikh akhir pengambilan KADS1M debit-i 2017

1
5366
views

Tarikh akhir pengambilan KADS1M debit-i 2017 :  Assalamualaikum dan salam sejahtera artikel ini hanyalah sebuah artikel bagi mengingatkan anda semua tentang tarikh akhir untuk mengambil Baucer Buku atau kini dikenali dengan nama KADS1M Debit-i.

Pihak Bank Rakyat telah mengeluarkan satu notis penting untuk semua pelajar yang berhak menerima KADS1M iaitu pelajar perlu mengambil KADS1M ini sebelum 30 SEPTEMBER 2017.

Notis ini telah dikeluarkan oleh bank rakyat menerusi Facebook mereka baru-baru ini. Dan jika anda tidak mengambil KADS1M ini maka mereka akan melupuskan kad tersebut.

tarikh akhir mengambil kads1m
tarikh akhir mengambil kads1m

Umum juga ketahui bahawa sebelum pergi ke bank rakyat terdekat untuk menerima KADS1M anda perlulah mendapat e-mel daripada pihak bank sebelum anda pergi ke bank rakyat.

[ Baca Juga ] Akhirnya dapat juga KAD Debit i Diskaun

Untuk itu anda boleh untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak menerima KADS1M atau baucer buku ini di https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/. Anda hanya perlu masukkan kad pengenalan anda.

Berita baik !

Pihak bank rakyat akan melanjutkan waktu operasi mereka sehingga jam 8.30 malam. Waktu operasi ini melibatkan kesemua cawangan bank rakyat di seluruh negara. Oleh itu tiada alasan untuk pelajar mengatakan tidak sempat untuk mengambilnya sebelum 30 September 2017.

Berita buruk !

Baru-baru ini sahabat saya ingin mengambil kads1m ini tetapi dia tidak langsung dapat kad. Pihak bank menyuruhnya untuk mengisi borang dan nanti pihak bank akan meneleponnya untuk mengambil kad tersebut.

Nampaknya kita perlu pergi ke bank 2x. Jadi untuk mereka yang belum mengambilnya silalah buat demikian secepat yang mungkin.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge