Tarikh keputusan rayuan ke Universiti Awam

0
31
views

Tarikh keputusan rayuan ke Universiti Awam : Kepada pelajar-pelajar STPM yang sebelum ini gagal untuk mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam ( UA ), anda dilarang untuk membuat permohonan semula, sebaliknya anda diminta untuk menunggu pengumuman keputusan rayuan pada 12 September 2017

Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan bahawa keputusan rayuan pertama dan kedua akan diumumkan dalam portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar ( UPU ) – Sila check di – http://upu.mohe.gov.my/web/

Untuk makluman sebanyak 4000 tempat kosong akan diberikan kepada pelajar yang membuat rayuan kedua. Jumlah pelajar yang membuat permohonan rayuan kedua adalah seramai 24000 orang.

Rayuan hanya untuk calon yang gagal sahaja dan sudah membuat permohonan rayuan pada 3 sehingga 7 ogos lalu, melalui portal rasmi UPU.

Kepada mereka yang sudah mendapat tawaran tidak dibenarkan membuat pertukaran kursus melalui UPU. Tetapi pelajar bekenaan boleh membuat permohonan pertukaran dalaman di peringkat Universiti, yang tertakrik kepada proses universiti yang mereka dapat. Kata Datuk Seri Idris Jusoh.

proses rayuan upu

Sebab pelajar tidak mendapat tawaran ke Universiti Awam

Idris berkata empat punca pelajar tidak mendapat tawaran iaitu tempat terhad, program dipilih tidak banyak kekosongan tempat, persaingan hebat antara pemohon lain dan Universiti Awam mempunyai kuasa penuh untuk memilih calon lepasan Diploma atau setaraf.

Sementara itu, Idris berkata pendaftaran kemasukan pelajar baharu ijazah pertama lepasan STPM/ Setaraf sesi 2017/2018 membabitkan 20 Universiti Awam bermula Sabtu ini.

Antaranya, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), manakala Universiti Tun Hussein Onn pada Ahad ini.

Tujuh universiti lain iaitu, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 3 September.

Sumber : Berita Harian / Infopelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge