Tarikh Pilihan raya Umum (PRU14) Pada 13 Oktober 2017 – Tidak Benar

0
19
views

Tarikh PRU14 Pada 13 Oktober 2017 : Baru-baru telah beredar satu video viral di media sosial berkaitan dengan pengumuman tarikh pru14 yang mana mengatakan ia akan diadakan pada 13 Oktober 2017.

Namun ia telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) dengan membuat satu kenyataan media.

Untuk pengetahuan umum tarikh tersebut digunakan untuk tujuan latihan dan juga simulasi kepada bakal-bakal petugas PRU14 semasa Program Taklimat kepada pegawai-pegawai pengurus dan juga penolong pegawai pengurus PRU14 peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai 2017.

Tarikh Pilihan raya ke 14

Tarikh sebenar PRU14

Untuk pengetahuan juga tiada tarikh muktamad yang dikeluarkan oleh ( SPR ) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 .

Oleh itu diharapkan semua pihak tidak mudah untuk mempercayai dakwaan bahawa kononnya tarikh PRU14 telah ditetapkan oleh SPR. Pihak SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merakam dan menyebar video tersebut kepada umum sehingga menyebabkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai Tarikh PRU14.

Cara membuat semakan daftar pemilih

Untuk anda yang sudah mendaftar sebagai pemilih untuk PRU14, kini anda boleh membuat semakan Daftar Pemilih di portal Rasmi SPR. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan

Atau anda juga boleh membuat semakan secara luar talian iaitu melalui SMS dengan menaip

SPS <jarak> SEMAK <jarak> NO IC dan hantarkan ke 15888

Cara membuat pendafataran Pemilih

Bagi mereka yang belum lagi mendaftar sebagai seorang pemilih anda boleh terus ke pusat pendaftaran pemilih seperti yang tertera.

  • Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Arag G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
    No. Telefon : 03-88927000
  • Pejabat-pejabat POS
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral di Luar Negeri
  • Dll

Untuk infomasi lanjut anda boleh hubungi center di talian 03-8892 7000

Jadi seorang pemilih agar anda boleh turun mengundi parti yang anda rasa layak untuk memimpin negara di masa hadapan.

Jangan hanya menjadi seorang yang lantang bersuara tetapi tidak menjadi seorang pemilih. Andai kata anda sudah mengundi dan parti yang anda rasa berhak untuk memimpin kalah anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pemilih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge