Tema bagi hari kebangsaan Malaysia 2017

0
31
views

Tema bagi hari kebangsaan Malaysia 2017 : Kurang lagi 2 minggu kita seluruh rakyat malaysia akan menyambut hari merdeka ke 60. Begitu cepat waktu berlalu pecam celik kini negara kita sebenarnya sudah 60 tahun merdeka daripada penjajah.

Jadi bagi anak merdeka atau mereka yang ingin tahu apakah tema hari merdeka pada kali ini dan bagaimana pula rupa logo merdeka 2017? Berikut saya kongsikan jawapan kepada setiap persoalan yang ada.

Tema hari kebangsaan Malaysia 2017

Sebelum saya kongsikan tema pada tahun ini, untuk pengetahuan umum tahun lepas temanya adalah sehati sejiwa.

Pada tahun ini pula tema yang dipilih adalah ” Negaraku sehati sejiwa ” yang mana tema ini membawa makna kesefahaman diantara bangsa, kesepaduan diantara semua kaum dinegara ini.

Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira umur dan dimana sahaja mereka berada.

Memetik kata Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak iaitu menteri komunikasi dan multimedia Malaysia menyatakan bahawa pemilihan tema adalah bertujuan bagi menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat kesepaduan dan kesefahaman yang jitu.

Tarikh dan lokasi untuk sambutan hari Kebangsaan 2017

Pada tahun ini sambutan hari merdeka seperti biasa di sambut di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Manakala Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tarikh 16 September 2017.

LOGO HARI KEBANGSAAN 2017

Negaraku sehati sejiwa
Logo Hari Malaysia 2017

Lagu Rasmi : Malaysia Sehati Sejiwa

Sekali lagi pada kali ini lagu Malaysia sehati sejiwa dipilih sebagai lagu rasmi. Sebagai info tambahan bahawa lagu ini merupakan lagu bagi sambutan hari kebangsaan pada tahun 2015 dan 2016.

Untuk itu saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dan semoga negara kita terus maju dan terus berada dalam kesejahteraan dan keamanan.

Jagalah keamanan sedia ada, dan jangan pernah merosakkan perpaduan yang telah tercipta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge