Terbaik atau tidak hosting dan domain di syokhost ?

0
75
views

Terbaik atau tidak hosting dan domain di syokhost ? : Rasanya nak buat sedikit free review lah untuk tempat aku hosting blog aku ni. Jika korang tengah memikir untuk beli domain atau beli hosting aku rasa sesuai sangat untuk korang baca artikel kali ini.

Tempat aku hosting blog aku ni di SYOKHOST.COM sebuah syarikat yang dimiliki oleh usahawan melayu. Diaorang ada sebuah syarikat di kedah nama syarikatnya dan alamat syarikat syokhost adalah seperti berikut SYOK COMPUTER CENTRE | 1st & 2nd Floor | No.126, Lorong Putra A/1 | Pusat Perniagaan Putra Kelang Lama | 09000 Kulim, Kedah. Malaysia.


Jadinya aku sangat rekomen korang kalau korang nak beli domain ataupun korang nak beli hosting di syokhost. Sebab apa?

Sebabnya harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan. Kalau harga domain .com korang boleh miliki dengan harga RM45 termasuk gst ( hmm malaysia ). Dulu boleh dapat dengan harga RM30 sahaja domain disebabkan  nilai mata wang kita jatuh jadinya sekarang harga sedikit tinggi.

Di domain yang aku hosting di syokhost
Di domain yang aku hosting di syokhost

Mesti korang tanya asal semua expired? Hmm sebabnya aku tak guna dah semua domain tersebut. Domain yang aku ni pun aku hosting kat syokhost tapi di email yang berbeza termasuk aku punya blog kedua detikhati.com


Ha kalau korang nak beli domain tekanlah gambar gif kat atas ni support sikit affiliate aku. Up kan sikit aku punya komisen hahahaha.

HOSTING DI SYOKHOST

Bagaimana pula hosting di syokhost ok ke tidak? Untuk buktikan ok ke tidak aku tunjuk korang dulu aku punya hosting lama-lama kat sana.

hosting di syokhost
hosting di syokhost

Harga dia pun boleh tahan murah dan aku rasa setakat ini pakej hosting paling murah di syokhost sebab bayaran dia ikut tahun dan harganya tidak sampai beratus-beratus. Jadinya jangan risau kalau korang tidak ada duit tapi nak miliki hosting syokhostlah tempatnya.

Starting harga hosting di syokhost bermula dengan RM30 sehingga RM229. Buat masa sekarang blog khairulcushion ini menggunakan hosting mampu milik yang berharga RM60 ringgit setahun.

hosting di syokhost
hosting di syokhost

BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK SYOKHOST juga sangat memuaskan hati saya sebabnya setiap kali pertanyaan diajukan mereka akan jawab kurang daripada 24 jam waktu mereka bekerja.

Pertanyaan korang boleh ajukan melalui whatsapp, telegram ataupun kat dalam cpanel yang disediakan. So memang mereka sangat responsible terhadap semua pelanggannya. Jadi setakat ini aku sangat berpuas hati dengan mereka.

Tetapi kelemahan yang ada di syokhost ialah mereka blog ip beberapa negara yang mungkin mengancam hosting. So tak semua negara boleh akses blog anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge