Terima kasih ustazah dan goodluck untuk PHD

0
51
views

Setelah hampir seminggu saya tidak mengemaskini blog disebabkan kekangan masa dan juga internet hari ini dan pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustazah saya yang bernama Ainun Basyirah.

terima kasih ustazah
terima kasih ustazah ” Tak ada pula gambar usatazah 🙁 “

Semalam terjumpa Ustazah di Kafe dan beliau mengatakan semalam merupakan hari terakhir beliau di bumi Tarbiyah KUIPSAS kerana beliau ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat PHD. Walaupun semalam sempat juga minta maaf dan juga berterima kasih dengannya.

Tapi tulah sedih juga rasanya sebab dapat belajar dengan beliau hanya satu sem. Ingatkan dapat lagi berjumpa dengan beliau pada sem ini untuk subjek yang boleh dikatakan KILLER iaitu Pengurusan Harta Orang Islam.

Apa yang bestnya dan menarik tentang Ustazah ni ?

Kalau saya ingin huraikan tentang ustazah ini mungkin tidak cukup ruang hahaha ( guro ^_^ ). Saya tak rapat mana dengan ustazah tetapi bila ada masa untuk berborak dengan dia mesti ada macam inspirasi dari dia.

Itulah yang bestnya bila borak atau chatting dengan dia.

Dalam kelas pula ( ustazah ni dia ajar subjek Qawaid. Dia sebenarnya sebagai pensyarah sambilan dan masuk pun agak lewat dalam kelas kitaorang. Cara dia ajar mula-mulanya memang betul-betul sempoi.

Dalam kelas pula kitaorang bukan hanya dapat belajar ilmu tentang fiqh tetapi dapat inspirasi dan motivasi. Sebab dia pun bekas pelajar KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH yang dapat melanjutkan pelajaran ke JORDAN.

Jadi banyaklah perkongsian gambar-gambar ketika Ustazah menuntut ilmu di JORDAN. Ini sebagai satu idola yang saya nak ikut. Sebagai sumber inspirasi.

Bila bercakap pula dengan dia fuhh memang best panjang gila borak ( actually sekali je borak panjang dengan dia ) masa sebelum memilih Exco dan Mt Baru bagi Jabatan Syariah. Mintalah pandangan dia sebagai seorang ” Kakak “. 

Tapi benda paling saya ingat adalah bila Ustazah cakap dia ada blog dan saya minta untuk baca dia ” kedekut ” atau privatekan dia suh cari sendiri hahaha. Dan setelah beberapa jam mencari akhirnya 😛 blog ustazah dijumpai – Tanahhhh —> http://ainulmardhiahfisabilillah.blogspot.my/

Selalu juga la baca artikel ustazah yang sempoi tu sebab ayat yang digunakan bukan calang-calang beb, kalau bab politik tu naik juga la aura politik. ^_^

Itulah tulisan santai saya pada kali ini. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi nantilah sambung pada episod lain. KALAU USTAZAH BACA ARTIKEL INI SAYA KHAIRULANWAR BIN MOHD DAHLAN ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada ustazah sebab selalu membuka minda dan pikiran saya untuk menjadi seorang ” PENUNTUT ILMU “.

Insha Allah jumpa lagi ustazah pada masa akan datang. . .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge