Tips beli tiket bas untuk balik raya

1
130
views

Tips beli tiket bas untuk balik raya : Kurang lagi 10 hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri, dan ini bermakna tetamu kita ramadhan akan meninggalkan kita dan jika dipanjangkan umur mungkin kita akan berjumpanya lagi di tahun hadapan.

Jadi pada saat ini juga boleh saya katakan semua lapisan masyarakat sedang bersiap sedia untuk menyambut ketibaan hari raya. Mesti korang juga sedang buat persiapan untuk sambut raya bukan?

tips beli tiket bas
tips beli tiket bas

Tapi kalau korang sedang belajar di negeri orang atau sedang bekerja di negeri orang perkara yang perlu korang pikirkan adalah tiket bas.Jadi artikel saya kali ini, saya akan menulis sedikit tips beli tiket bas untuk korang balik raya.

TIPS BELI TIKET BAS UNTUK BALIK RAYA

BELI TIKET AWAL

Pertama kalau sudah tahu duduk di negeri orang tu dan jauh pula ingin pulang ke kampung halaman pasangkan niat untuk beli tiket awal. Antara masa paling sesuai untuk korang beli tiket raya ialah 3 minggu sebelum raya.

Biasanya 3 minggu inipun sudah banyak booking tiket raya kalau korang nak tahu. Jadinya belilah selagi tiket masih ada.

CHECK BAS TIKET SECARA ONLINE SEBELUM PERGI KE KAUNTER

Kedua sebelum korang pergi ke kaunter korang bolehlah cek sama ada bas yang korang nak naik itu sudah penuh atau belum.

Korang bolehlah pergi ke http://www.easybook.com/en-my. Untuk membuat semakan sama ada bas yang korang nak naik tersebut ada lagi tiket atau tidak.

cara beli tiket bas online
Cek tiket bas secara online

SEDIAKAN DUIT LEBIH DARIPADA BIASA

Ha penting kalau korang nak beli tiket bas untuk balik raya jangan korang sediakan duit macam korang beli tiket bas balik pada bulan-bulan biasa. Sebab apa sebab aku da terkena semalam ingatkan harga tiket sama rupanya tidak.

Biasanya harga tiket akan melonjak naik sedikit apabila sampai pada musim perayaan, jadinya korang janganlah marah-marah sebab tiket naik tidak sampailah rm10 satu tiket mungkin naik seringgit dua sahaja.

Kita anggap sahaja duit yang diaorang caj lebih itu untuk gaji pemandu bas yang sanggup berkorban masa untuk korang. Diaorang bekerja untuk hantar korang balik ke kampung halaman korang so bersyukurlah.

TIKET BAS HABIS MACAM MANA NAK BALIK KAMPUNG ?

Jadi macam mana kalau korang sudah terlambat nak beli tiket bas? Kalau sudah terlambat dan semua kaunter tiket cakap tiket da habis antara perkara yang boleh korang buat ialah seperti berikut.

CARI KAWAN YANG BALIK TEMPAT YANG SAMA

Carilah kawan korang yang duduk sama daerah atau negeri dengan korang dulu. Kalau tidak  ada cubalah cari kat forum-forum atau group facebook kalau ada orang nak balik ke tempat yang sama dengan korang.

tumpang orang balik raya
tumpang orang balik raya

Mintalah tumpang dengan diaorang. Tapi ingat kalau lelaki tu tumpanglah dengan lelaki juga kalau boleh sebaya, ( amaran untuk budak bawah 18 tahun kalau boleh jangan tumpang orang yang korang tidak kenal ). Kalau perempuan jangan nak mengedik tumpang lelaki pula.

Kalau sudah ada orang nak tumpangkan ingat satu benda ! Minyak dan Tol tontonglah jangan sedap tumpang bila isi minyak buat senyap kang ada korang kena tinggal tepi jalan.

CALL SAUDARA MARA TERDEKAT UNTUK MINTA BANTUAN

Actually lagi bagus kalau korang buat benda ni, kalau tiket sudah tiada cuba call mana-mana saudara yang korang rasa diaorang ada kat negeri yang korang tengah duduk sekarang. Mana tahu diaorang nak balik ke kampung halaman korang juga.

CUBA MERAYU PEMANDU BAS UNTUK ADJUST TUMPANGKAN KORANG

Kalau korang tengok iklan-iklan di tv dulu ada kan budak tu merayu kat pemandu bas supaya tumpangkan dia untuk balik raya.

So mungkin cara ini boleh korang pratikkan kalau 2 cara di atas gagal. Insha Allah pemandu bas juga ada hati perut mana tahu dia kesian ke korang dia tumpangkan. Doa banyak-banyak ye. Kalau luck ada orang jual tiket bas ke korang.

 

1 COMMENT

  1. Saya beli tiket on the spot.. Itupun ketika bukan musim perayaan..

    Tidak dinafikan duit menjadi persoalan utama ketika balik kampung..

    Cara terbaik bersedia dengaan wang dua bulan lebih awal..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge