Tips dan cara meningkatkan daya ingatan

0
28
views

Tips dan cara meningkatkan daya ingatan : Setiap manusia itu mempunyai daya ingatan yang berbeza, anda yang kuat ingatan jangka panjang dan ada yang kuat daya ingatan jangka pendek.

Maksudnya disini manusia itu mempunyai daya ingatan berbeza-beza ada orang nak ingat sesuatu itu punyalah payah tetapi sekali dia ingat sampai bertahun-tahun bahkah sampai mati pun dia boleh ingat, ada orang yang dia nak ingat satu benda tu punyalah mudah tetapi untuk mengekalkan ingatan tersebut sangatlah susah. Dan ada orang nak ingat punyalah senang dan daya ingatan dia sangat kuatlah kuat.

Jadi pertama sekali anda harus tahu anda yang mana satu? Adakah seseorang yang mempunyai daya ingatan yang sangat kuat tetapi susah untuk mengingat atau anda mempunyai daya ingatan yang lemah.

Berikut merupakan tips dan cara untuk menguatkan daya ingatan anda :

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN

TIPS DAN CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN

CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

  1. Tidur yang cukup : Untuk memastikan daya ingatan anda kuat anda haruslah mempunyai tidur yang cukup. Ini disebabkan apabila anda kurang tidur akan menyebabkan ketidakstabilan emosi seterusnya akan membuatkan daya ingatan anda menjadi lemah. Oleh itu manusia normal sekurang-kurangnya tidur 8 jam sehari.
  2. Makan makanan berkualiti : Untuk memastikan daya ingatan anda kuat anda haruslah makan makanan yang berkualiti dan membekalkan vitamin kepada anda. Contohnya seperti makan sayur-sayuran, buah, kismis dan sebagainya. Kurangkan makan makanan yang berminyak seterusnya tidak mengambil makanan organ dalaman haiwan seperti hati, otak, kepala ikan dan sebagainya.
  3. Bersenam : Seterusnya ialah bersenam. Dengan bersenam akan membuatkan badan kita berasa segar. Ini secara tidak langsung provide badan kita menjadi sihat. Apabila badan sihat kita akan membuatkan daya ingatan semakin kuat.

TIPS UNTUK MENGUATKAN INGATAN

  1. ULANG APA YANG INGIN DIINGAT : Untuk memastikan apa yang kita ingin ingat itu kekal dalam ingatan kita mestilah selalu untuk mengulang apa yang ingin kita hafal tersebut. Contohnya al-Quran kalau ingin hafal satu-satu ayat itu anda mestilah mengulang selalu ayat yang sama.
  2. Jauhi dari memandang perkara yang tidak elok : Untuk kekalkan ingatan anda mestilah selalu mengelakkan mata anda dari melihat perkara-perkara yang tidak baik seperti melihat aurat wanita dan sebagainya.
  3. Lihat pemandangan : Sebenarnya antara tips lain yang dapat menguatkan daya ingatan adalah melihat pemandangan yang menghijau.

Itulah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongikan kepada anda semua. Semoga kita menjadi salah seorang manusia yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge