Tips untuk belajar subjek sejarah

0
62
views

Tips untuk belajar subjek sejarah ini aku tulis disebabkan aku ditanya asal susah sangat nak belajar sejarah  ? Aku bukan cikgu atau motivator untuk memberi jawapan kepada persoalan tersebut dengan satu jawapan yang lengkap  . Tetapi aku hanyalah seorang insan yang pernah menghadapi subjek tersebut dan alhamdulillah cemerlang 😛 pada spm 2 tahun lepas .

Jadi aku ambil kesempatan sebelum menunaikan solat subuh sebentar lagi untuk menulis sedikit tips untuk belajar subjek sejarah . Untuk itu aku kongsikan perkara utama sebelum belajar subjek sejarah ialah

Pupuk rasa minat untuk subjek sejarah 

Pertama sekali apa yang harus pelajar lakukan adalah pupuk untuk minat pada subjek ini , memandangkan subjek ini merupakan subjek wajib lulus untuk sijil pelajaran malaysia .

Cubalah sedaya upaya untuk lahirkan rasa cinta dan minat kepada subjek sejarah ini . ! Jangan memandangnya sebagai sebuah subjek yang membosankan dan subjek tidur semata-mata .

… Habis kalau da tak minat juga nak buat macam mana ?

Dah kalau tak minat cuba minatkan sampai minat . Sebab apa kalau dah tak minat cukup sukar untuk kalian belajar subjek ini memandangkan dalam subjek ini kalian akan belajar fakta dan fakta yang mana memerlukan pembacaan untuk mengetahuinya .

Setelah rasa minat itu muncul baru lah boleh kalian belajar subjek tersebut dengan baik dan selesa . Kerana keyword pertama sekali untuk berjaya atau mendapat keputusan yang cemerlang untuk subjek ini ialah mempunyai rasa minat akan subjek itu sendiri .

1) Focus di dalam kelas 

Pertama tips untuk belajar subjek sejarah ialah anda semua harus memberikan penumpuan 100% semasa di dalam kelas , ketika guru mengajar . Tetapi tak tahulah zaman korang cara guru mengajar berlainan . Sebab ketika aku belajar sejarah cikgu yang mengajar banyak merapu ( ketika tingkatan 4 dan 5 ) .

Tetapi sebab merapu bila kita focus akan dapat juga point – point penting untuk bab yang di ajar . Sebabnya sejarah ini kena kaitkan dengan isu-isu semasa , politik kita , sosio ekonomi dan macam-macam lagi . Jadi rasa bersyukur jugalah aku dapat cikgu yang merepek dan merapu semasa mengajar – Terima kasih cikgu . Walaupun kadang-kadang lawak yang dibuat lain macam .

2) Selalu baca surat khabar berkaitan dengan malaysia

Memandangkan subjek sejarah sekarang dihujani dengan soalan kemahiran berpikir atas tinggi jadi korang semua harus ada ilmu di dada . Jangan biarlah diri anda bagai katak dibawah tempurung .

Selalulah membaca surat khabar tempatan bagi mendapatkan perkembangan semasa . Takut-takut ada soalan yang berkait dengan isu semasa negara .

3) Selalu menonton dan mendengar berita tempatan di media elektronik 

Selain membaca juga ada satu lagi tips iaitu mendengar berita-berita semasa , menonton berita-berita semasa di kaca televisyen atau mendengarnya melalui corong-corong radio .

4) Buat nota awal 

Yang ini penting , buat nota awal jangan buat nota 1 minggu nak periksa baru nak buat . Sakit oi , sejarah tu buku bukan nipis macam novel da tebalnya . Jadi siapkan nota awal tidaklah kalut sangat bila nak duduki peperiksaan .

Korang boleh guna nota tu dari awal peperiksaan sampai spm . Tapi ingat jagalah nota berkenaan bagai menjaga nyawa korang juga takut-takut ada malaun ambil kesempatan atas kerajinan korang dengan mencuri nota korang .

5) Buat latihan struktur dan objektif 

Kalau akulah , buat latihan sejarah pada waktu yang otak segar yakni , lepas solat isyak setengah jam dan lepas subuh setengah jam setiap hari .

6) Gunakan teknik baca , kongsi dan dengar 

Teknik ini korang boleh guna untuk semua subjek teori ataupun yang berkaitan dengan fakta . Tapi ikut juga seseorang individu tersebut ada yang boleh ada juga yang tidak .

Kalau macam aku dan kawan-kawan guna teknik ni . Contoh la kan . Kami bertiga jadi setiap seorang akan huraikan satu bab lengkap . Memang tak dinafikan bila suruh huraikan pasti ada yang tertinggal tetapi sekurang-kurangnya korang dapat input .

Terbukti dengan teknik ini lebih memudahkan untuk kita simpan maklumat dengan cepat . Cuba anda pratikkan dan ketika peperiksaan bila ada soalan kadang-kadang automatik kata-kata rakan anda tadi akan ternyiang-nyiang di telinga anda .

7) Faham bab bukan hafal satu bab 

Dan yang terakhir untuk entri tips belajar subjek sejarah aku ini aku ingin nasihatkan korang semua yang nak belajar subjek sejarah ini janganlah hafal bulat-bulat teori dan fakta . Tetapi fahami dahulu bab .

Fakta kena ingat tetapi bukan hafal bulat-bulat , sebab aku ada kawan jenis fakta punya orang , dia kalau fakta satu perkataan salah kita sebut dia betulkan tetapi time periksa mulalah lupa semua .

Fakta boleh diubah sedikit ( tetapi jangan mengubah makna ) . Kalau berkaitan nama , tarikh , tempat dan seumpamanya memang tidak dapatlah kita ubah tetapi kalau perkataan dan struktur ayat boleh kita gubal selagi ianya tidak bercangah dengan makna sebenar .

Itu sahajalah yang dapat aku kongsikan pada entri kali ini . Semoga kalian berjaya dalam setiap peperiksaan yang bakal kalian hadapi dan moga berjaya cemerlang juga lebih-lebih lagi dalam subjek sejarah .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge