Topik berkaitan kafarah puasa

8
52
views

Khairul Cushion : Hari ini saya akan berkongsikan berkaitan dengan ” Topik berkaitan kafarah puasa ” .  Semua pengisian ini saya ambil daripada kitab fikah mazhab syafie jilid 2 .

Siapa yang wajib mengeluarkan kafarah ? 

Kafarah puasa ramadhan
Kafarah puasa ramadhan

Diwajibkan kafarah hanya kepada suami yang menjimak dan tidak diwajibkan kepada isteri ataupun wanita yang dijimaknya . Walaupun kedua-duanya sama-sama berpuasa pada hari berkenaan .

Ini kerana jenayah orang yang menjimak lebih berat . Oleh itu dia dianggap orang yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kafarah .

Apa itu kafarah  ? 

Kafarah wajib kerana merosakkan puasa ialah membebaskan seorang daripada hamba beriman sama ada lelaki mahupun seorang hamba wanita .

  1. Pengertian dan Pengsyariatan Puasa
  2. Syarat rukun dan perkara membatalkan puasa
  3. Adab Puasa

Sekiranya tidak mampu melakukannya maka dia hendaklah berpuasa dua bulan secara berturut-turut . Sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan juga untuk berpuasa maka dia hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin .

Bagi setiap orang miskin satu cupak makanan asasi . Sekiranya dia tidak mampu untuk berbuat demikian , kafarah ini kekal sebagai kewajipan ke atasnya sehingga dia mampu melakukan salah satu daripadanya .

Dalilnya ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-bukhari ( 1834 ) dan muslim (1111) dan selain mereka daripada Abu Hurairah .

Sewaktu kami duduk di sisi nabi s.a.w tiba-2 datang seorang lelaki berkata . Wahai rasulullah musnahlah aku ” tanya baginda . Kenapa kamu ni ? . Jawabnya – aku telah berjimak dengan isteriku sedangkan aku berpuasa ( dalam satu riwayat pada bulan ramadhan ) . Tanya nabi s.a.w apakah kamu memilki hamba untuk dibebaskan? jawabnya tidak . Tanya baginda lagi – Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut ? Jawabnya tidak . Tanya baginda lagi – Apakah kamu memiliki makanan 60 orang fakir miskin ? Jawabnya tidak . Lalu nabi s.a.w diam sebentar . Sewaktu kami duduk dalam itu datang seseorang membawakan kepada nabi suatu bekas yang penuh di dalamnya buar tamar . Tanya baginda : di manakah orang yang bertanya tadi . Jawabnya – Saya . Baginda bersabda . Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya . Kata lelaki ini ” Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai rasulullah ? Demi Allah tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini ( yang dimaksudkan ialah madinah ) keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku . Lalu nabi s.a.w senyum sehingga nampak gigi gerahamnya , sabda baginda ” Berilah makan ahli keluargamu ” .

Kata para ulama : Seorang fakir yang mampu memberi makan , tidak boleh memberikan makanan itu kepada keluarganya . Begitu juga dengan kafarah yang lain . Apa yang disebutkan di dalam hadis ini hanya dikhususkan untuk lelaki itu sahaja .

Kita perlu ketahui bahawa orang yang berjimak di wajibkan kafarah dan menqadhakan hari yang telah dibatalkannya itu ( dengan berjimak ) . Sekiranya dua hari dia berjimak maka wajib dua kafarah ( selain qadha ) , sekiranya dia berjimak 3 hari maka wajiblah tiga kafarah dan begitulah seterusnya .

Penyebab kafarah 

Penyebab kafarah ialah merosakkan puasa pada siang hari di dalam bulan ramadhan dengan melakukan jimak dengan syarat pelakunya mengetahui dirinya sedang berpuasa .

Mengetahui perkara itu haram dan tiada ada rukhsah disebabkan musafir . Oleh itu sesiapa yang melakukan perbuatan ini dalam keadaan dia lupa bahawa dia berpuasa ataupun jahil pengharamannya ataupun melakukannya pada puasa yang bukan puasa ramadhan ataupun sengaja berbuka tanpa melakukan jimak ataupun bermusafir dengan perjalanan yang diharuskan , dia berbuka kemudian dia berjimak , maka tiada kifarah ke atasnya dan dia hanya wajib menqadhakannya ( menganti puasa ) . Sahaja .

#Itu sahaja artikel untuk kali ini berkaitan dengan Topik berkaitan kafarah puasa   . Oleh itu elakkanlah berjimak pada bulan puasa 🙂 . Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada pembaca semua . Sekilas daripada kitab fikah mazhab syafie .

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge