Tukar template yang lebih ringan dan sejuk mata memandang

2
33
views

Nampaknya , template sebelum ini tidak dapat digunakan lebih lama disebabkan faktor hosting ! Selalu kena internal server error , bak kata pihak hosting mungkin template wordpress kena malware . Hmmm sayang nak tukar pada mulanya sebab template tersebut aku dah banyak modified  , seminggu lebih woi baru siap modified !

Tapi apakan daya baru sahaja seminggu dua pakai template yang siap modified tu pihak hosting kurangkan ram dari 2gb ke 200mb je …. Mereka kata sebabnya menganggu pengguna lain . Tak apalah sebab mereka juga inginkan yang terbaik untuk hosting service mereka , disebabkan sorang , habis down bisnes diaorang

Berbalik pada topik , Tukar template yang lebih ringan dan sejuk mata memandang , aku tengok template baru aku ni taklah buruk mana xD walaupun free . Ianya nampak lebih ringan dibandingkan dengan template yang aku pakai sebelum ini .

Template yang aku pakai ni namanya ” Frontier ” . Korang boleh dapatkan free . Ramai jugak aku tengok pengguna wordpress menggunakan template ni . Aku harap ianya seo lah , dalam niat aku untuk mendapatkan lebih banyak tempat di halaman satu mesin pencarian .

Template ringan dan cantik
Preview : lebih ringan dan nampak cool template ni

Kalau ada kawan-kawan yang tengah cari template wordpress yang ringan dan cantik aku cadangkan korang pakailah template ni  . Tapi aku check di chkme.com template ni punya seo result hanya 68% .

Nak kena modified agaknya baru dapat 100% haha . Akan ku update blog ini sampai result 100% di chkme ! Antara keputusan yang buruk untuk template ni di chkme ialah tiada penggunaan tag h1 . Sebab title template super ringan ni mengunakan h2 sebagai tag title .

Apa lagi yang ada dalam template baru aku ni ? Antara perkara yang ada dalam blog ni yang aku selama 2 jam memakainya ialah , korang boleh guna slider . Slider boleh diletakkan di homepage dengan pengunaan kategori sebagai pilihan slider ( aku tak tau nak cakap macam mana )

Baca juga : http://khairulcushion.com/perkara-yang-harus-dibuat-sebelum-menukar-template-wordpress/

Selain tu , dia punya option pun tidaklah payah untuk digunakan . Sebabnya arahan dan apa kegunaannya amat spesifik . Jadi mudah untuk kita nak guna atau tidak option yang diberi .

Korang boleh buat combination kolor sendiri . Yalakan manalah tau tidak suka dengan combination biru putih mungkin minat untuk warna pink dengan biru ke , pink dengan hijau ke . Ikut suka hati koranglah nak warna apa untuk template korang .

Main layout template pula ada 6 pilhan . Korang nak jenis layout blog korang macam mana ?

Option main layout di wordpress

Pilih nak sidebar berada di kanan ke , nak sidebar di kiri ke . Atau mungkin nak guna dua sidebar . Suka hati korang sebabnya dia ada option siap boleh setting lagi kebesaran sidebar yang korang nak .

Jadi kalau jenis blogger yang minat letak iklan aku cadangkan untuk guna templaten ni sebab korang boleh letak iklan-iklan di sidebar kiri dan juga kanan ^_^ .

Ruang komen untuk template ni menarik , dia boleh komen secara bertingkat aku tak tau nak jelaskan macam mana . Kiranya bila ada komen , then orang lain reply dia akan jadi tingkat xD . Sebab ada juga template wordpress lain dia rata je semua komen tak tau yang mana komen balas yang mana komen awal . huhu

Hmmm banyak lagi kot benda lain yang ada dalam template ni . Jadi aku rasa aku akan guna template ni dalam jangka masa yang lebih lama kalau tiada sebarang masalah untuk blog dan hosting . Sebab template ni sangat ringan dan juga sejuk mata memandang . Hahaha , untuk template lama akan aku guna kalau update tempat hosting :3

Sekarang masanya untuk aku memodified template ni agar lebih seo friendly , dan lebih cool .

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk artikel pertama aku selepas menukar template baru . Harap template ni tak ada sebarang masalahlah .

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge