Tunggu keputusan sem 2 satu penyiksaan

0
39
views

Setelah sebulan lebih bercuti kini tiba masanya untuk menunggu keputusan peperiksaan akhir semester . Jadi ramailah kawan-kawan aku mula bercakap pasal keputusan bila nak keluar , keputusan dah keluar ke ? Lambat lagi ke keputusan nak keluar dan perkataan-perkataan yang seumpamanya .

Boleh dikatakan perkataan yang sama ini akan keluar siang dan malam tidak kira tempat facebook , weChat , whatsapp mahupun twitter . Begitu juga aku tertunggu-tunggu jugalah sebab tiada tarikh yang rasmi dibuat oleh pihak akedemik . Sepatutnya mereka harus keluarkan tarikh rasmi barulah setiap pelajar tidak menunggu-nunggu .

Tunggu keputusan sem 2 satu penyiksaan disebabkan kawan-kawan mpp kata akan keluar akhir bulan 5 atau lewat pada awal bulan 6 . Sekarang sudah 11 hari bulan masuk minggu kedua bulan 6 keputusan masih tidak keluar . Jadi bila keputusan final exam kuipsas yang sebener akan keluar ?

Tapi … ada juga yang sudah tengok keputusan mereka menggunakan orang dalam ! Haha itu mungkin kelebihan mereka sebab mempunyai kawan rapat dengan orang yang berpengaruh di kuipsas . Tidak mengapalah sementara menunggu keputusan keluar lebih baik aku teruskan berdoa agar keputusan cemerlang dapat diraih pada keputusan akhir sem 2 aku di kuipsas .

Tunggu keputusan sem 2 satu penyiksaan
Keputusan sem 1

Jika sebelum ini aku punya keputusan hanya 3.6 semoga sem 2 ini memberi satu keputusan yang lebih positif . Dan tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan di kuipsas agar mendapat keputusan yang cemerlang . Semoga kami semua mendapat keputusan dekan pada tahun ini di dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini .. Amin

Result sem satu biasalah ramai yang dapat cemerlang sebab 1st sem biasanya kemudian teruk . Semoga aku tidak tergolong dalam golongan tersebut amin … Walaupun takut gila untuk tengok keputusan final exam sem 2 yang akan keluar katanya tidak lama lagi .

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge