Universiti Malaya Buka Pengambilan Dalaman untuk Kursus Perundangan

0
58
views

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu artikel daripada afterschool.my/bm tentang Universiti Malaya Buka Pengambilan Dalaman Kursus Perundangan untuk setiap bulan Oktober. Memandangkan saya juga antara pelajar yang sedang mengikuti diploma dalam bidang undang-undang.

Menurut perkongsian tersebut, tawaran tersebut dibuka untuk semua warganegara atau penduduk tetap di Malaysia yang memiliki kelulusan STPM/ Matrikulasi / Asasi / Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan atau memiliki pengalaman dalam bidang perundangan.

universiti malaya
Sumber : Says.com

Apa perbezaan dengan kursus undang-undang (LLB) di UM yang ditawarkan melalui portal pengambilan pelajar UPU? Kursus ini dikenali sebagai Ijazah B.Juris (External) (BoJ).

Ianya membuka peluang kepada pelajar yang memiliki kelayakan yang rendah (cukup-cukup makan) ATAU gagal dalam permohonan UPU akibat persaingan yang tinggi ATAU kurang berkemampuan untuk masuk ke swasta tetapi berminat dalam bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam, pendakwa raya, hakim dan sebagainya.

Apa yang bagusnya BoJ ini?. Dari segi yuran pengajian, ianya lebih murah berbanding LLB di mana-mana universiti awam iaitu bermula dengan RM10,000 hingga 14,000 sahaja mengikut tempoh pengajian.

Selain itu juga, tempoh pengajian yang lebih pendek iaitu minimum 3 tahun berbanding LLB 4 tahun, jumlah subjek yang sedikit, tiada kerja kursus (assignment), tiada latihan praktikal dan peperiksaan dalam bahasa melayu berbanding dengan LLB. SERIUSLY?. Ya bukan cubaan. Berikut kami kongsikan Struktur pengajian BoJ :

struktur khusus

Kalau dah lebih mudah, bagaimana dengan pengiktirafan?. Jangan risau, BoJ ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Kelayakan. Pengiktirafan ini membolehkan lulusan BoJ untuk menduduki peperiksaan Amalan Sijil Perundangan (CLP) bagi melayakkan mereka masuk ke profesion undang-undang seperti menjadi peguam, hakim, pendakwa raya dan sebagainya sama seperti lulusan LLB.

Bezanya, lulusan LLB di universiti awam, tidak perlu mengambil peperiksaan CLP dan boleh terus sahaja jadi peguam setelah tamat pengajian tetapi BoJ wajib ambil CLP sama seperti graduan LLB di IPTS. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai lesen CLP ini pun, anda boleh sahaja memohon kerjaya dalam profesion berikut :

profession

Jadi kepada anda yang ingin memohon, boleh terus ke laman rasmi mereka untuk semak syarat kelayakan dan yuran pengajian. Sistem permohonan hanya akan dibuka sebaik sahaja mereka mengumumkan tarikh buka permohonan. KLIK DISINI untuk ke portal rasmi. Kami nasihatkan anda untuk terus setia bersama kami untuk dapatkan pelbagai info terbaru seperti ini dan tarikh bila permohonan dibuka kelak. Rujuk juga pautan berkaitan dibawah. Semoga berjaya!.

Konten di dalam ini adalah diambil daripada : http://afterschool.my/bm/berita/universiti-malaya-buka-pengambilan-dalaman-untuk-kursus-perundangan-external-oktober-ini/ dan jika anda merupakan penulis daripada konten tersebut dan ingin saya untuk memadam artikel ini sila hantarkan email dan saya akan berbuat demikian dalam masa 24jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge