Wow lelaki pun kena rogol ?

1
75
views

Bila cakap pasal kena rogol dalam pemikiran kita mestilah yang kena rogol itu seorang wanita.

Tapi berbeza di afrika selatan seorang lelaki menjadi mangsa rogol tiga orang wanita. Aku pun tak tahulah nak definisikan macam mana perkataan rogol itu sendiri. Berita ini aku baca kat metro sebentar tadi . Kalau nak baca boleh tekan link yang aku letak dibawah.

Baca Lelaki dirogol:Ā https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/233554/mangsa-nafsu-serakah-tiga-wanita

Sekarang kita balik ke perundangan malaysia. Ada ke undang-undang yang melindungi lelaki andai kata dirogol? Ke semua lelaki kat malaysia ni redha je kalau kena rogol ? Aku tinggalkan 2 persoalan cepu emas ini supaya korang jawab šŸ˜›

lelaki kena rogol
Sumber gambar google – Sekadar hiasan

Sekarang aku cuba pulak nak describe sedikit berkaitan dengan perundangan. Aku belajar undang-undang tapi tak tamat mana lagi so aku just tulis apa yang aku belajar buat masa ini sahaja ok untuk maklumat lanjut korang cari la peguam betul.

Kalau nak cakap pasal undang-undang manusia ni kadang-kadang aku pun pening sebab dia berbelit-belit.

PENGERTIAN ROGOLĀ 

Menurut concise oxford dictionary ( 1990 ) ms 993, rogol adalah merupakan suatu perbuatan yang memaksa seseorang perempuan secara fizikal untuk mengadakan hubungan seks ataupun suatu perbuatan hubungan seks yang dilakukan secara paksa terhadap seorang perempuan di luar kemahuannya.

Rogol menurut seksyen 375 Kanun Keseksaan adalah seorang lelaki adalah dikatakan melakukan ” jenayah rogol ” jika dia terkecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dibawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut :

a) Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
b) dengan tiada kerelaan perempuan itu

dan macam-macam lagilah tapi semuanya pasal perempuan. Dari definisi 375 (a) sampailah (g) semuanya cakap pasal perempuan-perempuan tidak ada satunya lelaki.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN ROGOLĀ 

Dalam kanun keseksaan jenayah rogol ini mula dari seksyen 375 sampailah 377. Tidak satu-pun peruntukan rogol yang dilakukan oleh wanita terhadap lelaki (mangsa).

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat aku berikan untuk jenayah rogol perempuan kepada lelaki. Ini secara umum sahaja.

Untuk pengetahuan andai ia berlaku di Malaysia penahanan mesti dibuat bagi menjaga keselamatan dan menuntut keadilan itu sudah semestinya cuma peruntukan yang diguna pakai aku tak tahu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge